Lee Se Young sertai tvN Hwajuki sebagai “hantu tulang”

Lee Se Young menyertai tvN Hwajuki sebagai ‘mayat hidup’ yang comel dan pandai menggoda bersama Lee Seung Gi, Oh Yeo Soo, Cha Seung Won, dan lain-lain.

Berdasarkan adaptasi asal Journey To West, Lee Se Young mirip karakter Baigujing atau dikenali sebagai hantu tulang. Dia akan menggoda sami sanzhang untuk mendapatkan dagingnya. Dalam versi moden Hwajuki, Lee Se Young akan menjadi saingan hubungan antara Lee Seung Gi dan Oh Yeo Seo dengan kecantikan yang dimilikinya.

Hwajuki ditulis oleh adik beradik Hong yang terkenal dengan naskah popular seperti KBS Sassy Girl Chun Yang, SBS My Girl, SBS My Girlfriend is Guminho, MBC Greatest Love dan SBS Master’s Sun. Ia diarahkan oleh PD yang pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini iaitu Park Hong Kyun menerusi MBC Greatest Love. tvN Hwajuki akan ditayangkan selepas tvN The Most Beautiful Goodbye in The World berakhir.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...