/Kim Yoo Jung jadi perempuan pemalas dalam jtbc Clean With Passion For Now?

Kim Yoo Jung jadi perempuan pemalas dalam jtbc Clean With Passion For Now?

Begitu teruja sekali apabila mengetahui Kim Yoo Jung ditawarkan sebagai watak perempuan pemalas bernama Gi Oh Sol dalam drama terbitan jtbc yang terbaru berjudul “Clean With Passion For Now”. Walaupun dia seorang pemalas, tetapi Gi Oh Sol mudah berkawan dan juga menceriakan mereka di sekeliling. Penulis dapat membayangkan Kim Yoo Jung akan memiliki sikap pemalas Nodame (merujuk pada drama jepun Nodame Cantabile ) sering membiarkan rumahnya kotor dan bersepah. Namun, sebaik saja tiba seorang lelaki yang terlalu obsesif kepada kebersihan ke dalam hidupnya, hidup mereka berubah perlahan-lahan setelah masing-masing menerima kekurangan diri untuk menjadi lebih baik dan berpada-pada. Mereka kemudiannya jatuh cinta antara satu sama lain.

Jika Kim Yoo Jung membintangi drama ini, ini merupakan kemunculan semulanya selepas setahun sejak KBS Moonlight Drawn By Clouds disiarkan. Kim Yoo Jung merupakan antara pelakon kanak-kanak paling menyerlah sekali sehingga wartawan Korea menggelarnya “Nation Little Sister”. Malah dia merupakan pelakon termuda pernah memenangi kategori lakonan dalam CARI Kdrama Awards apabila dia berjaya merangkul anugerah Best Supporting Actress dalam 1st CARI Kdrama Awards menerusi drama dibintanginya bersama Yeo Jin Goo, MBC Moon Embraces of The Sun.

jtbc Clean With Passion For Now diadaptasikan daripada webtoon yang juga memakai tajuk yang sama, dan akan disiarkan menjelang tahun 2018.


Sumber: donga

Komentar

comments

Admin Kmania.