/Lima ratu Kdrama bertempur merebut Best Actress pada tahun hadapan?

Lima ratu Kdrama bertempur merebut Best Actress pada tahun hadapan?

Dari kiri: Gong Hyun Jung, Kim Nam Joo, Son Ye Jin, Lee Young Ae dan Choi Ji Woo

Nampaknya kategori Best Actress tahun hadapan (2018) bakal disemarakkan dengan kemunculan sengit lima ratu kdrama ini yang terkenal dengan drama hit mereka sebelum ini. Ada antara mereka bukan saja popular di dalam drama, tetapi meraih penghargaan di layar perak membuatkan penggiat seni serta pengkritik dunia seni korea tidak keterlaluan meletakkan nama mereka “A-listed” dalam kalangan mereka yang hebat berlakon serta mampu meraih “ratings” tertinggi. Menariknya, masing-masing akan melakonkan watak yang berat dan lain daripada apa yang mereka pernah persembahkan selama ini. Nak tau lebih lanjut? Jom baca kandungan drama terbaru mereka yang akan disiarkan sekitar awal tahun hadapan.

Gong Hyun Jung

https://www.youtube.com/watch?v=phyDk7JMEKY

Gong Hyun Jung selaku Gundik Mishil dalam MBC Queen Seondeok.

Siapa yang tak mengenali pelakon wanita yang pertama menerima bayaran tertinggi untuk drama lakonannya dalam SBS Daemul, Gong Hyun Jung tak pernah sekali mengecewakan peminat kdrama dengan lakonan versatilnya bagi setiap watak yang dilakonkannya. Beliau menyerlah dengan lakonan berkarisma dalam drama SBS Sandglass , MBC Queen Seondeok dan SBS Daemul sehingga meraih “daesang” dan “Best Actress” di Baeksang Art Awards.


Projek terbaru beliau berjudul “Return” adalah bersama dengan pengarah Joo Dong Min bagi memenuhi slot SBS pada hari Rabu dan Khamis. Return mengisahkan tentang gerakan media yang diperhebatkan untuk mencari pembunuh sebenar terutamanya di kalangan golongan elit kerana mereka merupakan salah seorang suspek utama. Gong Hyun Jung yang berlatarbelakangkan peguam akan memegang watak sebagai produser untuk rancangan realiti tv tersebut. Kemunculan Gong Hyun Jung selepas setahun tak beraksi, kali terakhir menerusi tvN Dear My Friends memang sangat-sangat dinantikan peminatnya.

Kim Nam Joo

https://www.youtube.com/watch?v=5IZew2mrE8A

Kim Nam Joo di dalam MBC Queen of Housewives.

Aktres yang pernah menggemparkan drama mingguan saban tahun akan kembali dengan projek terbaru terbitan jtbc berjudul “Misty”. Misty yang diarahkan PD Mo Wan Il (Beautiful Mind, Serius) berkisarkan tentang seorang pembaca berita tv wanita, Go Hye Ran yang dikenali ramai sebelum dia dituduh sebagai suspek kes pembunuhan. Suaminya, Kang Tae Wok bertindak sebagai peguambela kepada Gong Hye Ran bagi memastikan kes tuduhannya digugurkan mahkamah.

Kim Nam Joo menjadi pemangkin “ratings” mingguan drama bermula tahun 2009 sehinggalah 2012 menerusi “Queen of Housewives” , “Queen of Reversal” dan “My Husband Got A Family” sehingga beliau menyapu bersih hampir kesemua anugerah Best Actress pada tahun-tahun tersebut. Penampilan semulanya selepas 5 tahun menerusi “Misty” agak dinanti-nantikan mereka yang mengagumi lakonan penuh beremosi daripada aktres ini.

Son Hye Jin

https://www.youtube.com/watch?v=ossNTlhwvF8

Son Hye Jin di dalam SBS Alone in Love.

Son Hye Jin baru berusia 35 tahun tapi beliau telah mempersembahkan resume karier lakonan yang amat mantap menjadikannya pelakon muda paling berbakat pernah dihasilkan Korea Selatan. Mempamerkan lakonan yang penuh syahdu dalam SBS Alone In Love sehingga merangkul anugerah Best Actress Paeksang, Son Hye Jin tidak henti-henti menunjukkan bakat lakonannya yang hebat di layar perak pula terutamanya sebagai kekasih tak setia dalam “My Wife Got Married”, kapten lanun wanita dalam “The Pirates” dan puteri terakhir kerabat Joseon dalam “Last Princess”.

Kali ini, sekiranya beliau menerima tawaran untuk projek terbaru berjudul “Pretty Noona Who Buys Me Food” bersama PD Ahn Pan Suk, iaitu pemenang Best Director CARI Kdrama Awards, ini merupakan penampilan pertama kali beliau dalam arena drama sejak KBS Shark yang disiarkan 5 tahun yang lepas. PD Ahn Pan Suk mahir menyerlahkan watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon di bawah arahannya seperti dilakukannya dalam SBS Heard it Through Grapevine, jtbc Secret Love Affair dan jtbc A Wife’s Credential dalam pada masa yang sama bermain dengan isu-isu sensitif dan sindiran ke atas masyarakat. Penulis amat berharap Son Hye Jin dapat berlakon di bawah arahan PD yang genius ini.

Lee Young Ae

https://www.youtube.com/watch?v=SZAgzBum8a4

Lee Young Ae selaku Jang Geum dalam MBC Jewel in the Palace

Lee Young Ae terlebih dahulu mengesahkan projek terbarunya dengan PD yang sama mengarahkan Saimdang: Light Diary, Yun Sang Ho yang berjudul “Different Dream”. Drama ini menceritakan tentang seorang pakar bedah bernama Lee Young Jin, yang dibesarkan oleh keluarga dari Jepun, akhirnya menjadi ‘perisik’ yang ditugaskan oleh Kerajaan Jepun-Shanghai untuk menggolakkan lagi peperangan Pasifik berlaku pada 1941 sehingga 1945. Drama ini akan mempersoalkan bagaimana dilema seorang yang berketurunan Korea tapi mempunyai identiti Jepun dalam membantu pihak yang sepatutnya menang dalam peperangan tersebut. Peperangan ini berakhir selepas Jepun mengaku kalah akibat kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan dengan bom atom.

Seperti diketahui ramai, Lee Young Ae terkenal sebelum ini menerusi drama MBC Jewel in Palace sebagai tabib istana sehingga beliau meraih daesang di anugerah akhir tahun MBC. Kehebatan drama itu juga diakui seluruh pelusuk dunia sebagai penyebab utama “hallyu” selain drama KBS Winter Sonata. Lakonan beliau dihargai sekali lagi menerusi filem Sympathy for Lady Vengeance sehingga merangkul Best Actress dalam Paeksang Art Awards dan Blue Dragon Film Award. Penantian untuk menyaksikan aktres berjiwa murni ini di arena drama sekali lagi bakal berhasil pada tahun hadapan.

Choi Ji Woo

https://www.youtube.com/watch?v=elq0t2PdHns

Choi Ji Woo di dalam SBS Stairway to Heaven.

Choi Ji Woo, nama yang tak asing lagi di kalangan peminat korea di Malaysia, bakal tampil dengan drama terbaru tulisan Noh Hee Kyung berjudul “The Most Beautiful Goodbye In The World” yang diarahkan oleh PD Hong Jong Chan. Choi Ji Woo menjadi anak perempuan yang paling disayangi oleh ibunya yang menderitai penyakit barah. Lontaran emosi yang ditunjukkannya terhadap ibunya bakal ditekankan dalam drama ini.

Choi Ji Woo semenangnya telah lama dikenali dengan watak-watak sedih dan menyayat hati seperti dilakukan beliau dalam SBS Beautiful Days, KBS Winter Sonata dan SBS Stairway To Heaven. KBS Winter Sonata merupakan drama Choi Ji Woo paling agung yang menyebabkan namanya meniti di bibir masyarakat sedunia. Beliau juga pernah mendapat pencalonan Best Actress sebanyak dua kali dalam Cari Kdrama Awards , iaitu melalui TvN Twenty Again dan SBS Suspicious Housekeeper. Kerjasama beliau dengan penulis skrip ini amat dinantikan peminat kdrama lagi-lagi Noh Hee Kyung telah membantu menaikkan nama Han Ji Min , Song Hye Gyo, dan Gong Hyo Jin .

Artikel ini diinspirasikan daripada sumber (newsis) .

Komentar

comments

Admin Kmania.