Choi Ji Woo sah sertai drama menyayat hati karangan Noh Hee Kyung, tvN The Most Beautiful Goodbye in The World

Choi Ji Woo. Noh Hee Kyung.

Wow! Penulis sungguh terkejut Choi Ji Woo akan kembali dengan drama sedih yang pernah menjadi ‘forte’ beliau selama ini. Malah, beliau terus mengesahkannya tanpa kompromi barangkali kerana drama ini digarap oleh penulis skrip Korea paling berprofilik digelar ‘achemy queen of language’, Noh Hee Kyung.

The Most Beautiful Goodbye ialah “remake” kepada drama 4-episod MBC yang ditayangkan sekitar tahun 1996 lakonan Na Moon Hee dan Kim Young Ok.Ia berkisarkan tentang wanita separuh usia yang berkorban jiwa raga untuk keluarganya  sehinggalah beliau dikesan mengalami  penyakit kanser. Beliau berhadapan dengan dilema menghidapi penyakit kanser ini di samping terpaksa meninggalkan keluarganya secara perlahan-lahan selari dengan tajuk drama ini, bagi membolehkan mereka menerima keadaannya sebelum meninggal dunia. Watak wanita berusia ini akan dilakonkan oleh Won Mi Kyung.

Drama ini menjadi ledakan karier buat penulis skrip  ini sehingga beliau menjadi terkenal dan dihormati di kalangan penggiat seni. Drama-drama tulisan beliau selepas itu seperti SBS That Winter, The Wind Blows, KBS More Beautiful Than Flower, SBS It’s Okay That’s Love dan tvN Dear My Friends telah membuktikan lagi kredibiti beliau selaku penulis skrip kontemporari yang boleh diterima kesemua masyarakat disebabkan jalan ceritanya yang berhadapan dengan realiti hidup. Beliau ialah pemenang 2 kali Best Screenplay Baeksang Art Awards dan juga pernah tercalon 2 kali Best Screenplay dalam Cari Kdrama Awards.

Choi Ji Woo yang akan menjadi anak perempuan yang paling disayangi oleh ibunya dalam drama ini, telah lama dikenali dengan watak-watak sedih dan menyayat hati seperti dilakukan beliau dalam SBS Beautiful Days, KBS Winter Sonata dan SBS Stairway To Heaven.  Beliau juga pernah mendapat pencalonan Best Actress sebanyak dua kali dalam Cari Kdrama Awards , iaitu melalui TvN Twenty Again dan SBS Suspicious Housekeeper.  Kerjasama beliau dengan penulis skrip ini amat dinantikan peminat kdrama lagi-lagi Noh Hee Kyung telah membantu menaikkan nama Han Ji Min , Song Hye Gyo, dan Gong Hyo Jin . Harus diketahui, Noh Hee Kyung juga mempunyai projek lain bersama tvN iaitu drama Live pada tahun hadapan.

tvN The Most Beautiful Goodbye akan disiarkan pada penghujung November atau Disember ini selepas tvN Revolutionary Love berakhir pada setiap Sabtu dan Ahad. Ia turut menggandingkanKim Young Ok sebagai pelakon asal drama yang diterbitkan pada tahun 1996 itu.

Sumber: ytn , OSEN , dispatch

Komentar

comments

You may also like...