Soo Young SNSD akan sertai agensi Daniel Henney?

Timbul spekulasi bahawa idol bergelar pelakon ini, Choi Soo Young akan memeterai perjanjian dengan pengurusan baru kelolaaan Echo Global. Namun, khabarnya proses itu masih dalam perbincangan.

Pihak Echo Global dalam responnya berkata, “Kami sudah menemui Choi Soo Young dan berbincang dengannya, tapi masih belum tulis kontrak”.

Choi Soo Young merupakan antara  mantan ahli kumpulan Girl Generation, atau dikenali sebagai SNSD selain Seohyun dan Tiffany yang keluar setelah tidak menyambung kontraknya dengan agensi hiburan SM.  Dia pernah mendapat pencalonan Best Actress pada 3rd CARI Kdrama Awards menerusi drama MBC Spring Days of Life dan sekarang masih aktif berlakon.

Sumber: is.plus

Komentar

comments

You may also like...