Pengarah Jang Tae Yoo hidupkan balik drama Four Men, Park Hae Jin

Kredit pada xsportnews.

Masih ingat lagi artikel ditulis tempoh hari di mana SBS akhirnya akur untuk menyingkirkan Four Men daripada slot tayangannya ? Tetapi, tampaknya negotiasi dengan pengarah pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards ini telah membuahkan hasil. Pengarah Jang Tae Yoo berkenan untuk merealisasikan impian peminat kdrama bagi menyaksikan Park Hae Jin di layar perak. Sebagai rekod, Jae Tae Yoo dan Park Hae Jin pernah bekerjasama menerusi drama SBS My Loves From The Star. Walaubagaimanapun tak dapat dipastikan samada SBS mahu meletakkannya dalam slot tayangannya walaupun pengarah ini sangat sinonim dengan SBS menerusi drama My Loves from The Star, The Painter of Wind dan Tree With Deep Roots.

Four Men mengisahkan tentang detektif wanita dilakonkan Nana (calon Best Supporting Actress 5th Cari Kdrama Awards) yang kehilangan lelaki yang disayanginya. Dia bertemu dengan dua orang kembar yang mirip dengan lelaki yang dicintainya sebelum ini. Lelaki tersebut bakal dilakonkan oleh Park Hae Jin.

Four Men bakal menjalani penggambaran sepenuhnya sebelum tayangan , bermula November ini. Ia turut dibintangi oleh Kwak Shi Yang, Jo Hyun Jae dan Kyun Soo Jin.

Sumber:  xsportnews

Komentar

comments

You may also like...