Gangwon Menjadi Destinasi “Winter Sonata” Sepanjang Musim Sejuk

Gangwon adalah wilayah yang paling bersalji di Korea. Ianya mempunyai purata 250cm salji selama lebih kurang 66 hari dari bulan November hingga Mac. Dengan suhu mencecah -4.8 ° c sepanjang musim sejuk ia dapat mengekalkan keadaan optimum ski supaya para peluncur ski dapat menunjukkan keupayaan sebenar mereka bermain dengan aksi yang menarik .

Gangwon antara wilayah yang mempunyai mempunyai lapan pusat rekreasi yang berskala besar dan menjadi destinasi paling popular dikalangan rakyat Korea. Setiap resort mempunyai cerun-cerun yang hebat  untuk aktiviti bermain ski dan snowboarding dan penganjuran pelbagai acara dan festival yang unik serta istimewa. Selain itu, ianya juga menyediakan variasi tempat penginapan untuk keselesaan dan kemudahan para pengunjung.

8 Pusat Rekreasi Popular Di Gangwon

1. Alpensia Ski Resort

Merupakan destinasi pusat hiburan yang terletak pada aras ketinggian 700 m dari aras laut. Ianya berada diketinggian yang optimum untuk kesihatan manusia dan biorhythm.

Telah direka oleh Cuningham Group yang mana terlibat dalam pembangunan taman tema terkenal di dunia seperti Warner Bros.Movie World dan Universal Studios.

Alpensia mempunyai pelbagai  kemudahan menarik termasuk stadium utama, padang golf ekologi dan lereng  ski serta cerun lompatan skil berkelas dunia. Dengan itu, ia menjadikan PyeongChang sebagai tuan rumah bagi Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dengan sempurna.

Lokasi : 325 Solbong-ro, Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun

Waktu Operasi : Pertengahan November –  Awal March / 08:30 – 22:00

Pengangkutan :

  • Shuttle bus Seoul (Jamsil/ Gangnam Station/ Dongdaemum Stadium/ Yeongdeungpo) – Resort . Perjalanan mengambil masa selama 3 jam.

2. Elysian Gangchon

Ia hanya mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta api untuk sampai ke Elysian Gangchon dari Seoul.  Gangchon menjaminkan keselesaan dan sesuatu yang menarik  untuk aktiviti berski pada 1000 m ketinggian untuk pemain ski pada tahap permulaan, pertengahan dan pakar ski. Nikmati keadaan ski yang stabil, menarik dan menyelesakan  semasa meluncur di setiap lembah cerun dengan suasana yang menyegarkan serta mengujakan.  Kepada yang menggemari aktiviti ski diwaktu petang atau malam, tempat ini beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.

Elysian Gangchon sangat istimewa dan penuh keunikan kerana ianya dibina dari variasi 10 taman tema. Pastinya taman tema  menjanjikan pengalaman yang ekstrem dan hebat kepada  semua pemain ski disetiap peringkat. (Permulaan, pertengahan dan amatur)

Lokasi :  688 Bukhangangbyeon-gil, Namsan-myeon, Chuncheon-si

Website www.elysian.co.kr

Waktu beroperasi : Penghujung November – Pertengahan March

Pengangkutan:

  • Shuttle bus Seoul – Resort : Mengambil masa antara 1.5 jam –  2 jam
  • Subway Seoul – Resort:  Tempoh perjalanan : 1 jam 50 minit

3. Hansol Oak Valley

Ianya mempunyai 9 tema cerun yang pelbagai, express lifts dan half pipe courses bertaraf dunia. Oak Valley Snow Park adalah sebuah projek yang menggabungkan resort ski, padang golf, dan kondominium. Seperti namanya, para peluncur ski akan meluncur cerun-cerun salji dan bertemankan hutan pokok oak disekelilingnya. Cerun ski ini  telah direka oleh bahagian kejuruteraan salji terkenal dunia dari A.S manakala padang golf pula direka oleh Robert Trent Jones, Jr.

Jika anda ingin nikmati gaya ski dan resort Mediterranean, anda perlu kunjungi Hansol Oak Valley.

Lokasi : 58, Oak valley 2-gil, Jijeong-myeon, Wonju-si

Website:  www.oakvalley.co.kr

Waktu Operasi : Penghujung  November – Awal March / 08:30 – 03:00

Pengangkutan : 

  • Shuttle bus dari Seoul – Resort (Hansol Oak Valley). Tempoh perjalanan : 2 jam

4. Welli Hilli Park

Cerun-ceren di Welli Hill Park ini telah direka oleh Paul Matthews dari ECOSIGN yang beroperasi di Kanada. Beliau adalah salah seorang pereka yang paling terkenal di dunia dalam pengkhususan cerun/lereng ski dan telah diiktiraf oleh Persekutuan Ski Antarabangsa kerana saiz keluasan dan keselamatannya menepati piawaian yang ditetapkan.

Tempat ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan World Snowboard 2009, dan oleh sebab itu ianya gigih diperkenalkan secara meluas sebagai tempat utama bagi aktiviti snowboarding.

Terrain Park atau Taman hiburan yang paling hebat di Korea ini  adalah satu tempat yang sangat menarik perhatian kerana ia membenarkan para peluncur ski (amatur dan beginner) mempamerkan teknik mereka. Kesemua cerun dan lereng adalah terbuka kepada semua kumpulan peluncur.

The Half Pipe Park – eksklusif untuk peluncur papan salji yang mana ianya memang popular dikalangan para peluncur salji.

Lokasi  451 Gowon-ro, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun

Website  www.wellihillipark.com

Waktu Operasi Setiap pertengahan November hingga awal March / 8.30 – 4.30

Pengangkutan 

  • Shuttle bus Seoul – Resort. Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit

5. Daemyung Vivaldi Park

Adalah sebuah tempat percutian yang mempunyai taman tema air, kelab golf dan juga kelab menunggang kuda. Ramai pengunjung mengunjungi tempat ini kerana mempunyai akses yang mudah dari Bandar Seoul.

Daemyung Vivaldi Park bermula dengan satu program baru mulai musim sejuk 2015 yang dinamakan sebagai Viva K-Food Festival. Uniknya festival Viva K-Food ini, ia adalah gabungan sesi latihan ski dan juga sesi kelas memasak makanan Korea.

Sudah pasti anda juga berpeluang untuk mencuba makanan ala streets food seperti Tteokbokki dan lain-lain.

Lokasi 262 Hanchigol-gil, Seo-myeon, Hongcheon-gun

Website  www.daemyungcondo.com

Waktu Operasi  Permulaan bulan Disember – Awal March08:30- 05:00

Pengangkutan

  • Shuttle bus Seoul (Sinchon/Sports Complex Station/Dongdaemun) – Resort. Tempoh perjalan : 1 jam 30 minit

nota : Merupakan tempat lokasi penggambaran drama The Legend Of The Blue Sea lakonan Lee Min Hoo dan Jun Ji Hyun. Selain itu, tempat ini juga merupakan lokasi penggambaran drama Melayu bersiri Aku Bukan Bimbo lakonan Shahiezy Sam dan Nadiya Nisaa.

6. Bokwang Phoenix Park

Bokwang Phoenix Park dengan bangganya memperlihatkan cerun dan lembah bersifat semulajadi serta keadaan salji yang sangat hebat serta luar biasa. Ianya berada di ketinggian 1,050m iaitu setinggi Gunung Taegi.

Bokwang Phoenix Park adalah landasan ski dan resort terbaik Korea dengan 12 cerun bertaraf dunia, 8 ski chairlifts, 6 sun-kid lifts dan gondola moden yang dibuat oleh Doppelmire.

Setiap daripada 21 bahagian/arah yang terdapat di situ, ia mempunyai reka bentuk yang unik, panorama pemandangan ski base seluas 500 meter, dan pastinya menjamin kelajuan dinamik dan menarik. Pelbagai tarikan di Terrain Park ini termasuk Taman Ekstrim untuk beginners, dan Half-pipe mini serta dek lompatan untuk peluncur papan salji (snowboarders). Aktiviti meluncur pada waktu malam berakhir pada pukul 5.00 pagi.

Lockasi 174 Taegi-ro, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun

Website   www.phoenixpark.co.kr  

Waktu Operasi  Pertengahan November – Akhir March / 08:30 – 03:00

Pengangkutan

  • Shuttle bus Seoul (Sadang Station/Jamsil Station/Samsung-dong) – Resort. Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit

7. Yongpyong Resort

Yongpyong Resort adalah ski resort kedua di Asia yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Ski Antarabangsa. Ia telah berjaya menganjurkan World Cup Ski Competition pada tahun 1998 dan 2000, dan  Winter Asian Games pada tahun 1999. Semenjak itu, Yongpyong Resort menjadi sangat popular dikalangan peluncur ski dari Eropah dan Negara Asia yang lain.

Dengan Dua puluh tujuh cerun, termasuk cerun Pelangi, dan purata 250cm salji setiap musim sejuk menjadikan Yongpyong adalah ski resort terbaik di dunia. Pengurusan juga merancang untuk menambah 48 cerun dan 24 lif lagi untuk menjadikan ski resort lebih besar.

Lokasi  715 Olympic-ro, Doam-myeon, Pyeongchang-gun

Website  www.yongpyong.co.kr

Waktu Operasi  Pertengahan November – Awal April / 08:30 – 02:30

Pengangkutan

  • Shuttle bus Seoul (Sadang/Banpo/Jamsil/Sport Complex Station) – Resort. Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit
  • Shuttle bus Incheon Airport – Resort. Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit

nota : YongPyong Resort juga merupakan tempat lokasi penggambaran The Goblin dan Winter Sonata. Rujuk The Goblin untuk bacaan lebih lanjut.

8. High 1 Resort

High 1 Resort punya sejarah yang ringkas tetapi dilengkapi kemudahan yang menakjubkan sehingga ianya dikategorikan sebagai resort ski utama di Korea. Resort ini umpama sebuah kompleks yang besar di mana ia dilengkapi dengan pusat penginapan, pusat golf, taman tema, ski dan juga kasino.

Resort ini juga menganjurkan program Go! Go! Ski selama 4 hari. Pada hari pertama dan kedua, anda boleh mempelajari teknik asas ski dan menghadiri makan malam Gala. Pada hari ketiga, anda boleh menyertai pertandingan dan berpeluang memenangi hadiah dalam upacara ini!

Lokasi  Haiwon-gil 265, Sabuk-eup, Jeongseon-gun

Website www.high1.com

Waktu beroperasi  Pertengahan November – Awal April

Pengangkutan

  • Shuttle bus Seoul – Resort. Tempoh perjalanan: 3 jam 30 minit

Bermula awal tahun 2017, anda boleh mengunjungi Gangwon dengan menaiki KTX train dari Incheon International Airport atau  Seoul area.  Dengan perjalanan yang mengambil masa selama 86 minit daripada airport anda kini boleh menjejakkan kaki ke lokasi Temasya Sukan Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Artikel berkaitan

Komentar

comments

You may also like...