/Yeon Woo Jin akan meredakan amukan hakim Park Eun Bin dalam SBS Nothing To Lose?

Yeon Woo Jin akan meredakan amukan hakim Park Eun Bin dalam SBS Nothing To Lose?

Yeon Woo Jin. Park Eun Bin

Menarik sinopsis drama terbaru terbitan SBS iaitu Nothing To Lose yang akan menggandingkan Park Eun Bin dan Yeo Woo Jin bersama kerana biasanya hakim merupakan seorang yang bertimbangrasa, penyabar dan sentiasa menjaga prestijnya tersendiri bagi memastikan “rullings” atau penghakimannya mudah diterima orang ramai.

Namun, drama SBS Nothing To Lose akan menggambarkan perspektif hakim yang berbeza disebabkan personaliti unik dimiliki oleh hakim itu sendiri iaitu sifat pemarah, yakni cepat panas hati. Hakim dinamakan sebagai Lee Jeong Ju bakal dilakonkan oleh aktress Park Eun Bin, merupakan seorang yang begitu tetap dengan pendiriannya, tidak mudah berubah hati dek hujah-hujah sinikal atau picisan dilontarkan dalam mahkamah, dan akan menyerang mereka dengan amukannya sekiranya mendapati situasi mahkamah tak terkawal. Lee Jeong Ju menjadi begini kerana dia begitu tegar untuk menegakkan pembelaan terhadap kes kematian abangnya yang tak dapat diselesaikan gara-gara mereka yang berkuasa. Jika diamati perwatakan Lee Jeong Ju ini, timbul rasa pelik kerana hakim seperti ini pastinya ditolak awal-awal lagi. Tapi mungkinkah “resume” kelayakan Lee Jeong Ju ini tak boleh dinafikan lagi lalu dipermudahkan laluannya ke suruhanjaya kehakiman?

Yeon Woo Jin pula dilaporkan akan membawakan watak sebagai hakim Mahkamah Seksyen Seoul, menjadi pesaing kepada Lee Jeong Ju.  Beliau seorang berjiwa murni, penyabar dan mengimpikan menjadi seorang hakim yang dihormati oleh semua orang.


Ini merupakan drama pertama Park Eun Bin sebagai heroin setelah memegang watak pembantu selama ini. Beliau dikenali dengan Song Ji Won dalam kedua-dua siri Age of Youth terutamanya Age of Youth 2 yang mana ramai menjangkakan beliau akan merebut pencalonan Best Supporting Actress mana-mana anugerah pada tahun ini. Beliau turut tercalon Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards selaku Lady Hyegyeong dalam SBS Secret Door. Yeon Woo Jin pula agak aktif membintangi drama tahun ini bermula dengan bos yang anti-sosial dalam tvN Introvert Boss dan King Joongjong dalam KBS Queen for Seven Days. Masing-masing masih mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan.

Drama ini bakal diarahkan oleh pengarah baru, Lee Gwang Young iaitu pembantu pengarah SBS Entertainer. Tiada maklumat mengenai penulis, hanya dinamakan sebagi Seo In kerana mungkin juga beliau seorang maknae. SBS Nothing To Lose akan disiarkan selepas SBS While You Are Sleeping berakhir.

Sumber: sport chosundonga , news1

Komentar

comments

Admin Kmania.