Yoon Kyun Sang & Jung Hye Sung bergandingan sama dalam SBS Doubtful Victory

Nampaknya industri korea berputar sekejap, Yoon Kyun Sang sebaliknya bertekad memilih drama SBS  Doubtful Victory sebagai projek barunya berbanding menjadi bos dalam KBS Jugglers. Kedua-dua Yoon Kyun Sang dan Jung Hye Sung telah pun menerima tawaran berkenaan pada beberapa hari lepas sebelum mengesahkannya pada hari ini.

SBS Doubtful Victory mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Il Seung dilakonkan Yoon Kyun Sang yang dituduh melakukan jenayah lalu dijatuhkan hukuman mati. Il Seung berada di dalam penjara selama sepuluh tahun sebelum menanti hukuman mati dijalankan ke atas nya. Kemudian, dia berjaya menembusi keluar dan menyamar sebagai anggota polis dengan syarat dia kena memenuhi tuntutan seseorang yang memberikannya identiti baru untuk membolehkannya bernafas dengan hidup yang baru. Dia mesti mencari 100 billion won dalam masa tiga hari untuk memenuhi tuntutan orang tersebut.

Sinopsis drama ini secara luarannya mirip dengan SBS Defendants lakonan Ji Sung, cuma kali ini tidak diterangkan Il Sung benar-benar tak melakukan kesalahan tersebut berbanding Park Jung Woo dalam SBS Defendants yang sudah kita ketahui tidak bersalah tetapi mengalami amnesia. SBS Doubtful Victory lebih memfokuskan pada kehidupan Il Sung sewaktu menganggotai pasukan polis. Resume Il Sung mengatakan sebaik saja dia menghabiskan pelajaran di akademi polis, dia menyertai misi polis di luar negara sebelum kembali menyertai pasukan polis. Tambah mencurigakan lagi, Il Sung tidak menjalani kitaran sepatutnya berlaku pada anggota polis baru, tetiba terus ditugaskan ke bahagian penyiasatan. Atas sebab ini, dia digelar “alien” oleh rakan-rakannya. Walaubagaimanapun, Il Sung seorang begitu berani dan hebat dalam menjalankan tugasnya sebagai polis.

Manakala, Jung Hye Sung pula akan melakonkan watak yang dianggap antara polis terbaik pernah dihasilkan akademi polis. Dia seorang pintar, dan juga mempunyai kemahiran atletik seolah-olah seperti ahli sukan.

SBS Doubtful Victory diarahkan oleh PD Shin Kyung Soo (SBS Six Flying Dragon) dan ditulis oleh Lee Hyun Joo (KBS School 2013). Ia akan disiarkan selepas SBS Temperature of Love berakhir tayangannya.

Sumber: IS Plus , donga , dramabeans

Komentar

comments

You may also like...