/While You Were Sleeping Drama TV Paling POPULAR Bagi 2 Minggu Berturut-turut

While You Were Sleeping Drama TV Paling POPULAR Bagi 2 Minggu Berturut-turut

Drama SBS While You Were Sleeping telah mendahului senarai drama Korea yang paling popular dari 25 September hingga 1 Oktober dan sekali lagi  berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai kedudukan terkini.

Good Data Corporation yang menjalankan analisis kedudukan drama TV yang sedang bersiaran secara dalam talian telah mendedahkan senarai mereka pada 10 Oktober lepas. Data diperolehi berdasarkan 30 buah drama dari  2 Oktober hingga 8 Oktober dengan menganalisis kaji selidik netizen melalui berita dalam talian, blog, forum komuniti, video, dan posting mereka menerusi rangkaian media sosial.

Nampaknya, sekali lagi drama SBS While You Were Sleeping masih menjadi pilihan ramai buat dua minggu berturut-turut. Kali ini mereka mencatatkan 20.9 peratus dari jumlah pilihan ramai sehinggakan drama JTBC Age Of Youth 2 sekadar menduduki tempat kedua. Terdahulu drama Age Of Youth 2 berjaya mengekalkan penguasaan mereka sebanyak empat kali berturut-turut sebelum drama terbaru SBS tersebut mula ditayangkan.


Kedua-dua drama lain SBS iaitu drama Temperature Of Love dan Sister Alive masing-masing menduduki tempat ketiga dan  keempat. Antara drama lain yang menduduki tempat 10 teratas adalah drama MBC Hospital Ship, KBS2  Girls’ Generation 1979, drama harian MBC Return of Bok Dan-Ji, MBC Borg Mom dan drama khas KBS2 Kang Duk Soon’s Love History.

While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

sumber : Naver

Komentar

comments