/Menyaksikan MBC Rebel Hong Gil Dong, satu perjalanan yang menyeronokkan

Menyaksikan MBC Rebel Hong Gil Dong, satu perjalanan yang menyeronokkan

MBC Rebel Hong Gil Dong mengaut beberapa anugerah utama di Korean Drama Awards.

Untuk menghasilkan sesuatu drama saeguk yang sarat dengan emosi dan memuaskan hati bukan mudah, tetapi MBC Rebel Hong Gil Dong berjaya membuktikan sebaliknya. Sekurang-kurangnya Rebel Hong Gil Dong telah menepikan persepsi drama “saeguk” tidak harus berakhir dengan kemenangan seseorang tanpa perlu berbunuhan antara satu sama lain. Tambahan lagi, kemenangan bersejarah Kim Sang Joong memperoleh ‘daesang’ di dalam Korean Drama Awards serta beberapa anugerah diperolehi baru-baru ini meyakinkan drama ini bukan calang-calang hebat, dan penulis boleh jamin meletakkannya antara drama kegemaran penulis untuk tahun 2017 ini.

Yoon Kyun Sang selaku penyangak Hong Gil Dong yang ditakuti raja Yeosanggun

Meneruskan legasi bapanya dilakonkan oleh Kim Sang Joong, Hong Gil Dong (Yoon Kyun Sang) telah belajar sesuatu daripadanya, apabila hendak membalas dendam tak perlu menggunakan kudrat tenaga berpanjangan tetapi hanya dengan kemahiran memanipulasikan sesuatu keadaan menjadi sesuatu bermanfaat kepadanya. Inilah Hong Gil Dong lakukan dengan bantuan abangnya, Gil Hyeon (Sim Hee Seop) selaku ahli politik yang menyamar di barisan kabinet raja Yeosangun (Kim Ji Suk) serta beberapa orang penyangak yang sudah pun mengikat janji setia dengan Hong Gil Dong.

Honey Lee berubah daripada seorang pelacur (gisaeng) tak dikenali bernama Jang Nok Su yang telah mengabaikan cinta hatinya untuk mengejar hidup lebih baik di istana, kepada seorang gundik yang “mempengaruhi” raja dengan kata-katanya.

Drama ini masih mengikut sejarah tentang bagaimana Yeosangun dijatuhkan dan menjadi seorang begitu kejam dan rakus. Gundik setianya, Jang Nok Su (Honey Lee) digambarkan dalam bentuk “positif” walaupun di mata rakyat pada masa itu, dia ialah wanita yang jahat dan mempengaruhi Yeosangun, sehingga hidupnya berakhir dengan kematian. Jang Nok Su berjaya ditunjukkan seorang yang dikasihani, tapi sebenarnya kita hampir terlupa dia seorang yang manipulatif dan kuat cemburu.


Ahn Nae Sang melakonkan watak orang tua uban, Song Dong Hwan yang licik di sebalik wajah cendiakawan yang dihormati.

 

Antara watak yang berkesan dipaparkan dalam drama ini ialah Song Dong Hwan (Ahn Nae Sang), seorang ahli cendekiawan yang sangat licik kerana berjaya mengawal senario politik di sebalik keadaannya yang bukan orang politik mahupun bangsawan kabinet diraja.  Peranan Song Dong Hwan yang tetap dengan pendirian bahawa hierakki manusia tak boleh digugat oleh sesiapapun dalam memporak-perandakan situasi politik istana menunjukkan dia juga seperti Hong Gil Dong memanipulasi situasi semasa untuk kepentingannya. Tapi, rancangannya kecundang apabila anak murid paling dihargai, Gil Hyeon mengkhianatinya di saat-saat dia memikirkan dia telah berjaya. Akhirnya Song Dong hwan akur raja yang begitu disayanginya, kalah dengan “mereka” yang dianggapnya sebagai “cacing” sebelum ni. Cuma penulis agak kecewa sedikit dengan garapan cerita yang meletakkan Gil Hyeon seperti sedang berpuas hati dengan apa yang berlaku pada gurunya setelah gurunya itu mengajar dan mendidik sewaktu dia susah dan memerlukan sokongan politik.

Chae So Bin selaku Ga Ryung membuktikan cinta hatinya pada Hong Gil Dong dengan mempertaruhkan nyawanya di hadapan raja kejam Yeosangun di saat-saat akhir.

Ga Ryung iaitu bini kepada Hong Gil Dong pula tidak penting pada permulaannya, tetapi dia mendekatkan pada hati penulis apabila dia bertindak menyamar diri sebagai penghibur di istana.Ga Ryung menujukkan bagaimana dia menyimpan perasaan dan menunggu peluang membalas dendam terhadap “kematian” suaminya, iaitu adalah sesuatu yang boleh dipuji.

Jika anda sukakan drama saeguk mempunyai nilai moral dan mesej, maka drama inilah menjadi pilihan anda.

Jadi, bagi yang masih belum berkesempatan untuk menonton drama ini, anda masih boleh saksikannya di dalam laman dimsum.my atau apps dimsum melalui Google Play / Apple Store . Drama ini akan dilancarkan pada 12 Oct 2017 menjelang esok di laman tersebut. Anda hanya perlu bayar rm15 sebulan dan boleh menonton drama ikut sesuka hati. Walaubagaimanapun bagi pengguna baru, anda diberikan 30 hari percuma menonton tanpa had. Maka, gunakan peluang ini sesungguhnya!

Sebelum itu, mari saksikan salah satu sedutan drama di bawah. Hong Gil Dong hampir dijatuhkan hukuman mati di saat-saat genting sebelum  dia cuba diselamatkan oleh abangnya dan Jang Nok Su.

https://www.youtube.com/watch?v=JSvKK_3tVoc

 

 

 

Komentar

comments

Admin Kmania.