KBS Mad Dog janjikan sesuatu berbeza tentang ‘scam’ insurans

Pernah kah anda terbayang sebuah drama tentang NGO terdiri daripada kumpulan penyiasat persendirian yang mana tugas mereka membanteras ‘scam’ insurans berleluasa? Rata-rata orang Malaysia begitu mengkagumi kerja-kerja semai bakti dilakukan oleh Yusuf Azmi daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu pengguna yang tertipu akibat diseleweng puluhan ribu ringgit oleh Dato’ Boy Iman dan lain-lain. Malah, di Korea Selatan juga, tak terlepas daripada ‘scam’ melibatkan insurans sehingga merugikan jutaan ringgit baik pihak syarikat yang menawarkan insurans berkenaan mahupun pengguna yang tertipu dengannya.

Menariknya, KBS Mad Dog mencerakinkan tentang bagaimana sesuatu ‘scam’ insurans sangat berbahaya bukan saja merugikan wang ringgit, tapi juga telah mengakibatkan nyawa terkorban sia-sia. Lagi menyedihkan lagi, ada pengguna yang gagal mendapatkan bantuan ‘insurans’ yang dijanjikan sebaliknya mereka iaitu orang tengah pula mengaut keuntungan daripada syarikat insurans tersebut. Yoo Ji Tae selaku Choi Kang Woo, seorang yang begitu tegar mahu membanteras penipuan insurans ini habis-habisan sehingga digelar sebagai ‘Mad Dog’ menubuhkan pasukan penyiasat sendirinya setelah kecewa dengan pihak polis.

Dalam trailer di bawah, seorang pembeli rumah pangsa mengangkat sepanduk berbunyi begini , ” Orang yang cedera kehabisan duit, tetapi pemilik bangunan dan syarikat pembinaan pula mengaut keuntungan 10 juta won daripada pembayaran insurans walaupun bangunan tak siap-siap. Adakah ini boleh diterima? ” Choi Kang Woo menghampirinya lalu tersenyum seketika menidakkan kenyataan daripadanya. Tambahan lagi, video boleh dijadikan bukti untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam ‘scam’ tersebut.

Choi Kang Woo dibantu oleh Kim Min Joon (Woo Do Hwan) , seorang bekas kaki tipu terkenal. Pertemuan pertama kali Choi Kang Woo dan Kim Min Joon agak mengujakan apabila mereka berbalas hujah antara satu sama lain. Kelihatan Choi Kang Woo diugut samada dia perlu takut dengan amaran Kim Min Joon sebelum adegan disusuli dengan kapal terbang yang terhempas. Boleh rujuk trailer ke-2 di bawah.

Kumpulan penyiasat Mad Dog. Dari kiri: Jo Jae Hyun, Woo Do Hwan, Ryu Hwa Young, Yoo Ji Tae dan Kim Hye Seong.

Selain Kim Min Joon, kumpulan ini bakal menghimpunkan seorang pakar penggodam komputer (‘hacker’), Oh Noo Ri (Kim Hye Seong), gadis misteri dan seksi bernama Jang Na Ri (Ryu Hwa Yong) yang mempunyai kemahiran bertaekwando dan juga seorang wanita berkerjaya polis, Cha Hoo Joo (Hong Soo Hyun). Ahli terakhir dalam kumpulan ini ialah Park Soon Jung (Jo Jae Yun), orang yang mempunyai pengalaman hebat sebagai pengendali ‘scam’ insurans selama ini sebelum bertaubat membantu Choi Kang Woo merealisasikan misinya. Bagi sesiapa pernah menonton drama OCN Bad Guys sebelum ini, ia sedikit sebanyak bakal mengingatkan anda padanya.

KBS Mad Dog ditulis oleh Kim Soo Jin, yang mana karyanya yang dikritik positif sebelum ini ialah jtbc Awl dan jtbc Live in Cheodamdong. Pengarahnya pula ialah Hwang Ui Kyung. Drama ini akan disiarkan melalui cenel astro KBS World 392 setiap jam 8.55 malam hari Khamis dan Jumaat bermula lusa, 12 Oct 2017.

  1. https://www.youtube.com/watch?v=LWpl-nJO_hA

2. Facebook Trailer

 

Komentar

comments

You may also like...