/Demi Suzy, Julung Kalinya Lee Jong Suk Menyanyikan Sendiri OST While You Were Sleeping

Demi Suzy, Julung Kalinya Lee Jong Suk Menyanyikan Sendiri OST While You Were Sleeping

Wah, melihatkan tajuk sahaja sudah buat para peminat tidak sabar untuk menunggu giliran OST yang bakal dinyanyikan sendiri oleh Lee Jong Suk dan juga pelakon utama drama While You Were Sleeping. Pasti ramai yang ingin tahu sejauh manakah penyampaian nyanyian Lee Jong Suk. Ini adalah yang pertama kalinya Lee Jong Suk mengambil inisiatif untuk menyanyikan sendiri lagu OST drama lakonan beliau. Pastinya ada sesuatu yang istimewa sehinggakan beliau berbuat demikian.

Sumber yang boleh dipercayai dari drama tersebut menyatakan, ” Baru-baru ini Lee Jong Suk telah selesai merakamkan lagu bagi OST While You Were Sleeping. Namun begitu kami tidak tahu tarikh sebenar lagu nyanyian Lee Jong Suk akan dikeluarkan”

Gandingan Lee Jong Suk, Suzy dari kumpulan Miss A juga dikatakan turut menyanyikan lagu untuk OST drama tersebut. Pun begitu tidak diketahui bila lagu tersebut bakal dikeluarkan secara rasmi.


Jadi, sama-samalah kita menantikan saat paling exclusive ini.  While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Sumber : Naver

 

Komentar

comments