Alvin Chong tak kisah digelar Lee Jong Suk Malaysia?

Bersempena dengan Japan x Malaysia Friendship Concert yang berlangsung pada 23 September lepas, Team KMania sempat menemubual  Alvin Chong yang merupakan seorang penyanyi, model, usahawan dan pelakon. Jom ikuti temu bual kami bersama Alvin Chong.

Alvin Chong

Alvin Chong atau nama sebenarnya Alvin Chean Wah Chong dilahirkan di Pulau Pinang pada 23.01.1991. Walaupun berbangsa Cina, tetapi Alvin fasih berbahasa Melayu sehingga suatu ketika dahulu ramai orang menyangkakan Alvin berketurunan Melayu. Sedikit trivia mengenai Alvin.

Alvin dilahirkan menerusi rancangan realiti Astro Star Quest 2009. Memulakan karier nyanyian pada tahun 2012 dan telah mempunyai lebih kurang 10 buah lagu berbahasa Mandarin. Dia Semanis Honey merupakan drama Melayu pertama lakonan beliau dan Alvin mula dikenali menerusi drama bersiri Suri Hati Mr Pilot disamping Fattah Amin dan Neelofar sebagai pelakon utama

KMania : Apakah projek terbaru Alvin?

Alvin : Drama terbaru saya ‘Awak Suka Saya Tak’ akan mula bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula 25 September Jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. Drama ini menggandingkan saya bersama pelakon Emma Maembong. Ini merupakan drama pertama yang menampilkan saya sebagai pelakon utama.

Selain itu, saya juga tampil bersama Fattah Amin dalam rancangan The House musim ke-4. Rancangan ini juga disiarkan di Astro Ria (setiap Rabu jam 9 malam) dan di Astro Gempak

KMania : Dari segi karier nyanyian Alvin macam mana?

Alvin : Saya akan merakam dua buah lagu baru berbahasa Melayu (solo dan duet) dalam tempoh 2 minggu lagi untuk sebuah drama, tetapi bukanlah drama lakonan saya. Untuk lagu berbahasa Mandarin saya  akan memulakan proses rakaman hujung tahun nanti. Saya juga akan mencuba menyanyikan lagu yang berbeza sebagai platform untuk saya mengkaji kepuasan hati peminat terhadap penyampaian saya.

Jom dengarkan nyanyian Alvin Chong.

Don’t Ask Me Why ( dalam bahasa Mandarin)

 

KMania : Apa perancangan akan datang Alvin? Adakah Alvin berminat untuk mencuba pasaran antarabangsa?

Alvin : Saya masih baru dalam industri seni Malaysia. Jadi saya mahu bekerja kuat dan perbaiki segala kekurangan untuk mengukuhkan lagi karier seni saya. Saya berharap masyarakat dapat menerima kehadiran saya dan terus menyokong karier saya.

Sebagai seorang anak seni, Alvin juga punya impian untuk menembusi pasaran antarabangsa bagi mengembangkan lagi karier seni Alvin. “Saya berharap untuk meluaskan karier saya ke China dan Indonesia dalam tahun hadapan. Saya ada mendapat 2 tawaran berlakon di China dan satu tawaran berlakon di Indonesia untuk pasaran di sana. Namun keduanya masih terlalu awal untuk diperkatakan dan saya harap rezeki menyebelahi saya,” ujar Alvin.

Alvin juga dikatakan mendapat tawaran untuk berlakon satu drama ‘remake’ dari drama popular Korea. Sama-samalah kita nantikan berita baik ini dari Alvin sendiri kelak. Dengan muka persis actor hebat Korea Lee Jong Suk serta bakat lakonan dimiliki Alvin, rasanya tidak mustahil Alvin dipilih menerajui drama remake dari Korea itu. Peminat Alvin juga menggelarkan beliau sebagai Lee Jong Suk Malaysia.

Alvin yang sangat peramah mengakhiri sesi temubual kami dengan memberikan pesanan kepada para peminatnya.

Peminat Alvin boleh mengikuti segala aktivitinya di Facebook, Instagram dan Twitter.

Terima kasih kami ucapkan kepada Alvin Chong  kerana sudi ditemubual. Kami di KMania akan terus menyokong Alvin dan berharap Alvin akan terus sukses.

Komentar

comments

You may also like...