Parah!!! Girl’s Generation di hujung tanduk? Sooyoung, Tiffany & Seohyun sah meninggalkan SNSD

Seperti kami ramalkan dalam artikel ditulis sebelum ini, akhirnya Tiffany serta dua rakan sekumpulannya, Soo Young dan Seohyun bertekad mengikut jejak langkah Jessica Jung meninggalkan Girl’s Generation setelah mereka tidak menyambung kontrak dengan agensi hiburan SM. Maka, kumpulan Girl’s Generation yang asalnya sembilan orang hanya berbaki lima orang saja setakat ini iaitu Yoona, Taeyeon, Sunny, Hyoyeon, dan Yuri.  SM menafikan kemungkinan untuk membubarkan Girl Generation kerana ahli-ahli sedia ada masih komited untuk meneruskan kerjaya seni mereka.

Tiffany akan kembali ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran manakala Soo Young dan Seohyun pula ingin memfokuskan dalam bidang lakonan. Sesetengah ahli memang diketahui bergiat aktif dalam bidang lakonan terutamanya Yoona, yang baru saja membintangi drama MBC The King’s Love bersama Im Shi Wan. Choi So Young pula satu-satunya yang tercalon dalam Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards menerusi lakonan yang mantap dalam MBC The Spring Day of My Life.

Agensi SM pastinya tidak akan melepaskan benak keuntungan yang melimpah ruah ini dengan membiarkan SNSD terbubar sendiri walaupun dasar-dasar agensi SM khabarnya tidak banyak memihak pada SNSD , dan lebih fokus pada kumpulan baru seperti Red Velvet, misalnya.

Sumber: xsportnews

 

Komentar

comments

You may also like...