/Top 30 Reputasi Penyanyi Oktober 2017 – BTS dan Wanna One Bersaing Hebat

Top 30 Reputasi Penyanyi Oktober 2017 – BTS dan Wanna One Bersaing Hebat

Pada 8 Oktober, Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mengeluarkan kedudukan terbaru Singer Brand Reputation bagi bulan Oktober 2017.

Institut tersebut telah menganalisis sejumlah 120,970,603 sumber data dari 6 September hingga 7 Oktober dalam pelbagai kategori antaranya dari segi penyertaan, liputan media, komunikasi dan interaksi, dan indeks komuniti.

Kumpulan BTS melonjak naik mendahului kedudukan tersebut berikutan dengan kemunculan semula mereka melalui lagu hit “DNA”. Mereka mencatat skor berjumlah 12,426,570, dengan kenaikan 79.70peratus berbanding skor mereka pada bulan Ogos.


Wanna One beri saingan hebat apabila mereka mencatatkan skor yang tidak jauh beza dari BTS. Wanna One berjaya memperolehi skor berjumlah 12,228,571. IU pula naik dua tempat dan melayakkan beliau menduduki tempat ke-3 dengan skor keseluruhan 7,359,167.

Jom semak Top 30 October Singer Brand Reputation di bawah:

  1. BTS
  2. Wanna One
  3. IU
  4. GFRIEND
  5. EXO
  6. TWICE
  7. BLACKPINK
  8. Girls’ Generation’s Taeyeon
  9. Red Velvet
  10. Sunmi
  11. HyunA
  12. GFRIEND
  13. Bolbbalgan4
  14. Apink
  15. PSY
  16. BIGBANG
  17. SEVENTEEN
  18. BTOB
  19. VIXX
  20. Lovelyz
  21. WINNER
  22. MAMAMOO
  23. INFINITE
  24. Woo Won Jae
  25. 10cm
  26. Hangzoo
  27. Yoon Jong Shin
  28. Hwang Chi Yeol
  29. Kim Chungha
  30. Block B’s Zico

Sumber : rekorea

nota : Sumber asal data menyaksikan GFRIEND menduduki carta sebanyak 2 kali

Komentar

comments