/Tonton Filem di GSC dan Berpeluang Menangi Nissan X-Trail & Pelbagai Hadiah Menarik Berjumlah RM350,000

Tonton Filem di GSC dan Berpeluang Menangi Nissan X-Trail & Pelbagai Hadiah Menarik Berjumlah RM350,000

Sempena meraikan ulangtahun yang ke-30, kali ini Golden Screen Cinema (GSC) Malaysia telah menganjurkan peraduan “Ticket to Drive” #GSC30 dengan menawarkan hadiah-hadiah yang hebat kepada ahlinya. Ini merupakan rangka sambutan terakhir bagi tahun 2017.

Bermula 6 Oktober sehingga 31 Disember 2017, ahli-ahli GSC yang menonton filem diseluruh pawagan GSC berpeluang untuk memiliki Nissan X-Trail model terbaru dan hadiah-hadiah lain berjumlah sehingga RM350,000.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC iaitu Cik Koh Mei Lee;


Sebagai rantaian pawagam terkemuka Malaysia, Golden Screen Cinemas tetap komited untuk memberikan keseronokan tontonan keseluruhan filem kepada pelanggan kami. Ini bermakna kami bukan sahaja memastikan bahawa mereka menerima kandungan hiburan yang berkualiti tinggi, tetapi juga memberikan nilai yang hebat serta melibatkan mereka dengan pelbagai promosi dan aktiviti.

“Ticket to Drive” adalah salah satu cara untuk kami memberi ganjaran kepada pelanggan tetap kami yang sentiasa menyokong kami, dengan memberi mereka peluang untuk memandu kereta model baru, supaya mereka mempunyai sesuatu untuk diingati pada bila-bila masa mereka memilih untuk mengalami keajaiban filem dengan kami.

Cara Penyertaan;

  • Peraduan terbuka kepada semua ahli GSC yang berumur 18 ke atas dan yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Ahli yang telah berdaftar dengan GSC secara automatic layak untuk menang. Pada yang belum berdaftar, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli melalui laman web GSC atau menerusi aplikasi mudah alih.
  • Pelanggan yang membeli tiket dari kaunter tiket GSC atau e-kiosk, perlu mendaftar sebagai ahli dan mengemukakan maklumat stub tiket melalui portal khas di ticket2drive.gsc.com.my. Ianya dikira sebagai syarat penyertaan pertandingan.

Selain daripada melayakkan anda menyertai pertandingan, ahli GSC juga dapat menikmati pelbagai faedah lain termasuk free birthday movie vouchers dan diskaun promosi ke atas makanan dan minuman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas.

info tambahan :

Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), rantaian pawagam terbesar Malaysia, adalah milik penuh anak syarikat Kumpulan PPB (ahli Kumpulan Kuok). GSC mengendalikan sejumlah 371 skrin di 42 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam, dengan 328 skrin di 35 lokasi di Malaysia, dan 43 skrin di 7 lokasi di Vietnam melalui perkongsian dengan Galaxy Studio.

GSC Mid Valley Megamall dengan 21 skrin adalah pemegang rekod sebagai multiplex terbesar di Asia Tenggara, sementara GSC MyTown menempatkan skrin GSC Maxx yang terbesar di Malaysia.

Komentar

comments