Kim Rae Won, Shin Se Kyung dan Seo Ji Hye Sah Bintangi Drama Terbaru KBS “Black Knight”

Kim Rae Won, Shin Se Kyung, dan Seo Ji Hye secara rasminya telah disahkan berlakon untuk drama terbaru KBS !

Agensi mereka mendedahkan bahawa mereka akan membintangi drama  “Black Knight”  dan menghadiri bacaan skrip yang pertama pada 8 Oktober.

Peranan yang dibawakan oleh Kim Rae Won dan Shin Se Kyung boleh dibaca menerusi artikel sebelumnya Kim Rae Won dan Shin Se Kyung Bakal Digandingkan dalam “Black Knight”

Seo Ji Hye pula akan memainkan peranan sebagai  Sharon, seorang pereka di Sharon Boutique. Dia adalah wanita yang jahat, kesepian dan sedih. Umurnya tidak bertambah atau akan mati dalam 200 tahun yang lalu. Sharon seorang yang mementingkan diri sendiri dan sering melakukan kerosakan. Sharon boleh hidup lama tetapi kehidupannya tidak seperti manusia biasa kerana terlalu obses dengan matlamat dan impiannya.

Drama ini menyaksikan Kim Rae Won bergandingan semula dengan Seo Ji Hye. Keduanya pernah berlakon bersama menerusi drama hebat “Punch” pada tahun 2014. Kim Rae Won juga pernah dicalonkan dalam kategori Best Actor menerusi drama Punch pada 4th Cari Kdrama Award.

“Black Knight” KBS adalah drama fantasi romantis yang menceritakan kisah seorang lelaki yang sanggup membahayakan dirinya dan berkorban apa saja demi wanita yang dicintainya. Episod pertama drama ini dijadualkan ke udara pada bulan Disember.

sumber : Naver 1, Naver 2

Komentar

comments

You may also like...