Kawan V BTS, Model Lee Ui Soo Meninggal Dunia Akibat Bunuh Diri

Media melaporkan bahawa model Lee Ui Soo dari ESteem Entertainment (Agensi Model di bawah SM) telah meninggal dunia.

Pada 8 Oktober (KST), pihak ESteem Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengenai penyebaran berita kematian Lee Ui Soo. Mereka berkata, “Kami juga turut merasa kesedihan itu dan merakamkan ucapkan takziah di atas berita yang kami terima tanpa dijangka ini. Kami masih lagi terkejut dengan berita kematian itu. Ya, memang benar Lee Ui Soo meninggal dunia akibat bunuh diri tetapi kami masih berusaha mencari maklumat dengan lebih terperinci. Keluarga Lee Ui Soo menyatakan hasrat mereka untuk  menjalankan upacara pengkebumian secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga mereka sahaja. Sila berdoa untuknya.

Selain  dari agensi itu, abang Lee Ui Soo juga mengeluarkan kenyataan menerusi akaun media sosialnya, “Satu-satunya adik saya, Lee Ui Soo, telah meninggal dunia pada 6 Oktober 2017. Sewaktu dia masih hidup, dia sangat bekerja keras sebagai seorang model dan DJ.. pasti dia telah melalui masa yang sangat sukar sehingga dia terdorong untuk membuat keputusan sedemikian.  Walau apapun, kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut, sila berdoa untuknya. “

Takziah buat keluarga Lee Ui Soo.

Sumber : Allkpop

info :

V (BTS) dan model Lee Ui Soo bersahabat baik sejak sekian lama dan mereka sering menghabiskan masa bersama jika ada kesempatan. Bahkan Lee Ui Soo antara sahabat yang tidak jemu menyokong karier V sejak dari awal kemunculan BTS lagi. Pssti V merasai kehilangan Lee Ui Soo

Komentar

comments

You may also like...