/Eric Pula Di Prank Oleh Andy dan Minwoo di 3 Meals A Day

Eric Pula Di Prank Oleh Andy dan Minwoo di 3 Meals A Day

Seperti yang dijangkakan, Andy dan Minwoo Shinhwa tidak teragak-agak untuk buat prank terhadap rakan mereka iaitu Eric ketika mereka diberi peluang untuk muncul sebagai tetamu jemputan bagi rancangan Three Meals A Day. Jika episode sebelum ini Yoon Kyun Sang prank Lee Jong Suk, kini Andy dan Minwoo pula prank Eric.

Three Meals A Day telah memasuki musim ke-4 terbitan TVN dengan menyaksikan Lee Seo Jin, Eric Shinhwa, dan Yoon Kyun Sang sebagai ahli tetap rancangan berkenaan.

Andy dan Minwoo tiba di Pulau Deukryang untuk menyertai mereka bertiga dan mereka memutuskan untuk membuat prank dan berkata, “Tidakkah mereka fikir tetamu jemputan perempuan yang akan datang hari ini? Jom, kita bersembunyi”. Mereka lantas menyembunyikan barang-barang mereka, menyiapkan hidangan makanan dan menghidupkan api untuk meyakinkan mereka bahawa tetamu jemputan telah tiba. Andy dan Minwoo terus menukar pakaian untuk kelihatan seperti krew penggambaran, dilengkapi dengan tuala dikepala untuk menyembunyikan wajah mereka.


Setelah Lee Seo Jin, Eric, dan Yoon Kyun Sang  muncul, mereka menyedari bahawa seseorang telah tiba, tetapi  mereka mengandaikan tetamu wanita  yang datang persis Ha Ji Min si keras kepala. Mereka bagaimanapun tidak menyedari bahawa Andy dan Minwoo menyaksikan setiap keletah mereka lalu mereka mencari sosok jemputan mereka diseluruh kawasan rumah.

Keadaan menjadi riuh rendah apabila Yoon Kyun Sang menemui kasut lelaki milik Andy dan Minwoo dan mereka menjangkakan Jun Jin Shinhwa yang datang. Andy dan Minwoo yang kelihatan sedikit kecewa mula bertindak aneh dengan menyusun-atur prop dan mencuri-curi makan hidangan yang disediakan mereka.

Lee Seo Jin akhirnya tersedar lalu berkata, “Kamu tak perasankah krew produksi itu kelihatan pelik?,” dan menyambung, “Dia kelihatan seperti Minwoo lah,”. Eric lantas menafikannya, “Tidak, dia memang krew produksilah,”. Eric berterusan bertelagah dengan Seo Jin, sehinggalah akhirnya Eric menjerit “tetamunya adalah Andy dan Minwoo!”

Jom saksikan bagaimana Andy dan Minwoo prank Eric

Sumber : naver

Three Meals A Day boleh ditonton melalui saluran Astro TVN (Ch395) dan HyppTV (Ch601) pada setiap Sabtu jam 9 malam.

Komentar

comments