Single ‘DNA’ oleh BTS mendunia lagi kali ini ke posisi 65 dalam Billboard Hot 100

Sekali lagi, BTS membuktikan namanya sudah gah di persada dunia. Biasanya single Korea tak kekal lama di dalam carta Hot 100 Billboard (kecuali single – single yang dikeluarkan oleh PSY) tapi BTS telah menafikan Kpop juga mampu untuk meneruskan dominasi mereka di dunia Amerika Syarikat.

Dalam minggu ke-2 penampilan mereka dalam carta berkenaan bertarikh 28 September, single DNA melonjak ke tangga 65 sekaligus memotong rekod tangga ke-76 diraih oleh satu-satunya kumpulan Kpop yang berjaya sebelum ini, iaitu Wonder’s Girl menerusi single ‘I am Nobody’. Rekod tertinggi penyanyi Kpop dalam hot 100 masih dipegang oleh Gangnam Style, Psy. Dalam carta ‘streaming’ , lagu ini melonjak naik 114% kepada 11.4 juta tontonan. ‘Streaming’ merupakan salah satu elemen digunakan untuk menentukan carta Hot 100 selain ‘airplays’ dan ‘jualan digital’.

BTS sebelum ini telah merekod sejarah sebagai kumpulan Kpop ke-2 berjaya menduduki carta tersebut selepas Wonder Girl, dan juga penyanyi Korea ke-4 selepas CL 2NE1, Psy dan Wonder Girl. Malah, lebih manis lagi, album mereka “Love Yourself: Her” berjaya menempatkan di tangga ke-7 Billboard 200 menjadikan satu-satunya selebriti korea yang meraih kedudukan di bawah 10.

 

Artikel berkaitan:

Single ‘DNA’ BTS berjaya menembusi Carta Billboard Hot 100, menjadi kumpulan kpop ke-2 berbuat demikian selepas Wonder Girl

Sumber: Billboard

 

Komentar

comments

You may also like...