/Telinga Lee Da Hwi Wanna One berdarah teruk

Telinga Lee Da Hwi Wanna One berdarah teruk

Dalam satu persembahan Wanna One di Festival ‘Fever’ Seoul baru-baru ini, peminat mengamati Lee Da Hwi telah mengalami kecederaan di telinganya. Agensi YMC yang bertindak menguruskan Lee Da Hwi, cepat-cepat mengeluarkan kenyataan bahawa Lee Da Hwi tak sengaja menggoreskan telinganya semasa memperbetulkan kedudukan fon kepala dipakainya. Dia segera dikejarkan ke hospital kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman tetanus (karat) jika lambat untuk diambil tindakan.

Walaubagaimanapun semasa membuat rawatan kecemasan di hospital, doktor memaklumkan  dia hanya mengalami kecederaan kecil dan telah pun diberikan suntikan vaksin tetanus. Agensi juga mengucapkan terima kasih pada peminat yang prihatin dan akan memastikan Wanna One sentiasa dalam keadaan sihat ketika menjalani persembahan jelajah mempromosikan album mereka.

Sumber: dispatch

Komentar

comments

Admin Kmania.