Bakat Ha Ji Won sekali lagi dipersiakan dalam MBC Hospital Ship

Siapa yang menonton drama MBC Hospital Ship, pasti ada segelintir yang agak kecewa dengan garapan cerita yang sepatutnya memfokuskan pada tema hospital dalam kapal itu sendiri, tapi sebaliknya menumpukan pada soal cinta melibatkan Ha Ji Won dengan pelakon-pelakon lelaki lebih sepuluh tahun muda daripadanya, Kang Min Hyuk dan Lee Seo Won. Disebabkan halatuju drama kian berubah ke arah romantik yang merapu dan ‘chessy’ ini, drama ini dikritik negatif walaupun memikul ratings tertinggi slot tersebut pada setiap minggu.

Ianya tak menjadi masalah jika drama tersebut adalah bertemakan romantik yang bersandurkan elemen perubatan sebagai sampingan seperti penulis Kim Eun Sook amalkan menerusi KBS Descendants of The Sun, ataupun Ha Myung Hee lakukan dalam SBS Doctors. Tapi, MBC Hospital Ship yang sudah diketahui pada awalnya bahawa ia mengangkat tema perjuangan doktor-doktor dalam menyelamatkan pesakit di dalam kapal , telah lari daripada tujuan asal. Contohnya, jika sesuatu kes melibatkan pesakit berlaku, ianya tak berkait dengan plot asal, malah terus dilupakan kerana penulisan skrip terlalu asyik berfantasi dengan percintaan tiga segi melibatkan wanita berusia dengan budak-budak hingusan. Perwatakan Dr. Song Eun Jae yang dijulang-julang pakar bedah genius  pada asalnya semakin rapuh. Akhirnya, bakat Ha Ji Won sekali lagi dipersiakan.

Jika nak dibandingkan drama ini dengan KBS Good Doctors , mahupun SBS Romantic Doctors Teacher Kim, agak jauh sekali perbezaan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai hala tuju.

*Nukilan di atas adalah bersifat peribadi daripada penulis selaku “penonton setia” drama ini setiap minggu*

Komentar

comments

You may also like...