Highlight Pamerkan Teaser Foto Album Baru Mereka

Perhatian Light semua!

Kumpulan Highlight akan mengeluarkan mini album kedua mereka tidak lama lagi.

Pada 27 September baru-baru ini, informasi terbaru mengenai album terbaru Highlight telah didedahkan. Mereka juga dijadualkan buat comeback pada 16 Oktober ini pada pukul 6 pagi waktu Korea Selatan.

Kelihatan kesemua ahli Highlight mengenakan suits serba hitam yang pastinya nampak segak dan tampan. Highlight bakal kembali menerusi mini album “Celebrate” pada tarikh mereka menyambut ulang tahun yang ke-8 (16.10.2009-16.10.2017). Tarikh tersebut juga (16.10.2009) merupakan tarikh mereka debut sebagai Beast.

Pastinya Light tidak sabar menunggu kemunculan semula kumpulan ini. Untuk pengetahuan, Lee Gik Wang yang muncul secara solo menerusi album ‘ONE’ baru sahaja selesai aktiviti promosinya. Beliau kini mmberikan tumpuan yang penuh untuk kembali semula bersama Highlight.

nota : khabarnya kumpulan BTOB juga bakal comeback pada tarikh yang sama dengan Highlight.

Komentar

comments

You may also like...