EXO Suho Mengesahkan Akan Membintangi Film Adaptasi Dari Webtoon

Ketua kumpulan EXO ini akan membintangi film yang diadaptasi dari siri popular Webtoon iaitu ‘Female Middle Schooler A’

Pada September 27, Sumber dari pihak pengurusan Suho iaitu SM Entertainment telah mengesahkan perkara ini. Film ‘Female Middle Schooler A’ ini akan menceritakan mengenai pelajar sekolah menengah iaitu Jang Mi Rae yang terlalu taksub dengan permainan video (Video Games). Didalam film ini akan menerapkan isu buli, keganasan dan pengaruh permainan video

Suho akan memegang watak Jae Hee lelaki berumur awal 20an dan watak Jang Mi Rae akan dibawa oleh pelakon kanak-kanak Kim Hwan Hee

Komentar

comments

You may also like...