/OCN Save Me berakhir dengan rating tertinggi sepanjang penyiaran

OCN Save Me berakhir dengan rating tertinggi sepanjang penyiaran

Drama OCN Save Me akhirnya melabuhkan tirainya dengan rating yang agak besar iaitu sebanyak 4.8% , tertinggi pernah dicapainya sejak tayangannya bermula 5 Ogos yang lepas dengan rating serendah 1.8%.

OCN Rescue Me yang diadaptasi daripada webtoon Sesang Bakeuro” oleh Jo Geum-San berkisarkan tentang empat orang sekawan yang diketuai oleh Han Sang Man (Taecyeon) menemui seorang gadis yang lemah dan tak berdaya yang merayu mereka untuk menyelamatkanya. Gadis tersebut merupakan mangsa penganiayaan kumpulan “Old Seon Won” sekaligus menyebabkan empat orang sekawan tersebut secara tak langsung terlibat dengan kegiatan kumpulan kultus agama tersebut.

Antara yang mendapat kritik positif adalah lakonan Jo Sung Ha selaku ketua kultus agama, Baek Jung Ki yang menjadi penunggang agama untuk aktiviti-aktiviti maksiat dilakukannya. Dakyah disebarkannya berjaya mempengaruhi ribuan penduduk kampung kawasan itu, sehingga hampir kesemuanya tak boleh menerima pendedahan tentang kelakuan jahatnya oleh seorang gadis merangkap heroin drama ini , yakni salah seorang mangsa penganiayaan seksual beliau. Dengan penampakan rambut yang putih sepanjang masa, Jo Sung Ha kelihatan agak menakutkan sekaligus menyebabkan cerita menjadi lebih seram. Dalam temuduganya dengan pihak media baru-baru ini, mengatakan penantiannya selama 13 agak tercapai dan secara berseloroh mengatakan dirinya sudah boleh berlakon lebih baik daripada sekumpulan idol di luar. Beliau berkata, “Adegan adalah sangat penting dalam sesuatu drama. Pelakon yang sudah bersedia akan cuba menghabiskan sedaya upaya tenaga dan masa bagi merealisasikan adean tersebut. Ia seolah-olah seperti seorang pelakon baru bertapak dalam industri.”


Selain Jo Sung Ha, Woo Do Hwan dan  Seo Ye Ji juga dipuji atas keberkesanannya membawa watak masing-masing. Woo Do Hwan sebagai pelajar Dong Chul yang ‘bad boy’  dan mempunyai keazaman tinggi bagi membanteras penganiayaan dilakukan ke atas mangsa-mangsa Baek Jung Ki manakala Seo Ye Ji pula dengan perilaku yang  dingin selaku mangsa Baek Jung Ki yang akhirnya terpaksa redha menerima apa dilakukan ke atasnya.  Ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di cenel OCN korea, Rescue Me mempersembahkan genre drama korea yang jarang dieksplorasi sebelum ini.

Sumber:  mydaily

Komentar

comments

Admin Kmania.