Duboyo Raikan Ulang Tahun Ke-6 dengan Syupeo Ramyeon Yang Daebak

Diam tak diam rupanya sudah 6 tahun Dubuyo bertapak di Malaysia. DubuYo, merupakan sebuah restoran halal yang telah disahkan oleh JAKIM ini menyediakan menu masakan asli Korea yang pastinya dapat memenuhi citarasa penduduk tempatan yang menyukai makanan Korea. Oleh itu secara tidak langsung, restoran ini menyahut cabaran untuk membawakan citarasa Korea ke negara kita.

Bagi meraikan sambutan ulangtahun yang ke-6, DubuYo telah melancarkan menu gandingan Syupeo Ramyeon yang juga turut dikenali sebagai “Super Ramyeon”.  Ia merupakan gabungan dua resipi mi yang lazat dan semestinya pasti menambat selera mereka yang memilih dalam soal makanan. Anda boleh memilih untuk merasai Syupeo Chicken Ramyeon atau Syupeo Beef Ramyeon. Keduanya dihidangkan bersama sup yang lazat lagi bermutu tinggi bersama dengan mi Korea yang kenyal.Bagaimanapun Syupeo Ramyeon ini ditawarkan untuk tempoh yang terhad. Pastikan anda mencubanya sebelum kehabisan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, Wong Kah Yong, DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea disamping sering mengetengahkan citarasa yang unik dan penuh dengan tradisi budaya Korea kepada rakyat Malaysia. Mereka juga sentiasa memastikan sajian yang ditawarkan benar-benar lazat sebelum dihidangkan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan untuk sama-sama merasai serta menikmati sajian tersebut.

Wong Kah Yong juga berharap untuk mengembangkan lagi jenama DubuYo agar restoran ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menikmati sajian Korea yang menjadi kegemaran mereka. Pihak DubuYo semestinya akan terus focus akan keaslian serta kualiti sajian mereka dan berharap sokongan berterusan daripada pelanggan DubuYo agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Pihak DubuYo juga turut berterima kasih kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong mereka dari awal sehingga kini.

Gambar Ihsan FB DubuYo

Sempena ulangtahun DubuYo yang ke 6, berikut adalah tawaran istimewa buat para pelanggan;

Syupeo Beef Ramyeon dan Syupeo Chicken Ramyeon. Dihidangkan bersama tiga jenis Banchan (side dishes)

Chicken Soondubu Jigae (ala carte) – Stew Tofu Korea RM 6.00 untuk sebarang pembelian set Soondubu Jigae. Tawaran sah bermula 1 Oktober – 17 November 2017 (Gambar Ihsan: opensnap.com)

 

Citron Dubu kecil (percuma) kepada para pelanggan yang mengambil gambar bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan share gambar tersebut dilaman IG atau FB mereka.

Kepada mereka yang pernah ke DubuYo pastinya anda seolah-olah berada di Korea. Dengan hidangan sajian asli Korea serta dihiburkan video klip nyanyian dari artis Korea sudah cukup membuatkan anda benar-benar berada di sana. Saya yakin, anda pasti akan kembali semula ke DubuYo kerana suasananya yang nyaman, makanan yang lazat serta penuh dengan citarasa asli Korea dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Restoran DubuYo kini boleh dijejaki di Mid Valley Megamall, Sunway Putra Mall, Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Quill City Mall, IOI City Mall Putrajaya, The Mines, SOGO, Sunway Velocity Mall, IOI Mall Puchong, Seremban Prima, Aeon Bandar Dato Onn dan KK Times Square.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi DubuYo dan FB DubuYo.

Pihak KMania ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pihak DubuYo dan Aunty  S kerana sudi menjemput kami bersempena pelancaran Menu Syupeo Ramyeon bersama pihak media. Acara ini telah diadakan pada 20 September yang lalu bertempak di Sunway Velocity Mall. Terima kasih tidak terhingga diatas hidangan yang disajikan dan sememangnya menepati citarasa kami. Kami di KMania akan terus berikan sokongan penuh buat Restoran DubuYo dan para pengurusan. Selamat menyambut ulangtahun yang ke-6 DubuYo Malaysia.

Jom saksikan antara hidangan yang disajikan buat para media.

 

Komentar

comments

You may also like...