Lee Jong Suk : “Suzy cantik sangat, senang nak wujudkan ‘chemistry’ bersama”

Gambar dikreditkan pada news1

Dalam sidang media diadakan oleh krew SBS While You Are Sleeping sebentar tadi, Lee Jong Suk memuji paras rupa Suzy yang cantik dan menyenangkan dia melakonkan babak-babak mesra antara mereka.

Tambahnya lagi, “Babak tersebut nampak sempurna seperti yang ditunjukkan. Saya gembira dapat melakonkan aksi tersebut”

Gambar dikreditkan pada OSEN.

Dalam pada itu, Lee Jong Suk juga tak keberatan memilih naskah terbaru penulis Park Hye Run (tercalon 2 kali Best Screenplay sebelum ini dalam CARI Kdrama Awards kedua-duanya menerusi drama lakonan Lee Jong Suk, Pinocchio dan I Hear Your Voice) kerana keyakinan besar diberikan atas penulisannya sebelum ini. “Saya berada di sini kerana ‘Park Hye Run'”, kata Lee Jong Suk lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sidang media ini, jangan lupa ikuti Kmania. SBS While You Are Sleeping akan disiarkan pada setiap Khamis dan Jumaat, bermula pada 22 September di cenel ONE TV Asia (Astro 393) .

Sumber: news1.kor

Komentar

comments

You may also like...