/Kim Nam Gil tak sudah menggelikan hati penonton dalam tvN Live Up To Your Name

Kim Nam Gil tak sudah menggelikan hati penonton dalam tvN Live Up To Your Name

tvN Live Up To Your Name tak pernah puas membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak menyaksikan gelajat Kim Nam Gil sebagai doktor akunpuntur, Heo Bong Tak. Dengan teknik pengarahan yang sempoi belaka serta garapan penulisan skrip yang menarik, Heo Bong Tak tampil sebagai lelaki yang sengal dan ‘gatal’ tapi juga berhati baik. Ianya sudah semestinya datang daripada lakonan Kim Nam Gil yang tak perlu menyerlahkan emosi berlebihan, hanya dengan gelagatnya saja terus menyebabkan kita ketawa hingga tidak kering gusi. Begitu dasyatnya penangan Heo Bong Tak!

Heo Bong Tak dan Dr. Yeon Kyung sama-sama bertungkus-lumus memulihkanbudak yang terkena peluru senapang. Heo Bong Tak menggunakan segala pengetahuan akunpuntur nya bagi mengurangkan kesakitan sewaktu Dr. Yeon Kyung melakukan pembedahan ke atasnya. Gambar dikreditkan pada tvN.

tvN Live Up To Your Name bukan saja menarik melalui gelagat Heo Bong Tak, tapi juga kerana adegan lompat-melompat antara zaman Joseon dan juga zaman milenia yang sentiasa membuatkan penonton terpegun dan suspens tatkala Heo Beong Tak berhadapan dengan kematian. Ironinya, apabila Heo Bong Tak mati, barulah dia berpindah melalui dimensi masa samada ke Joseon, mahupun ke zaman milenia. Mereka boleh ikut Heo Bong Tak merentasi masa dengan syarat dia mesti memegang erat tangannya. Di samping idea cerita peralihan zaman ini, penonton juga dapat mempelajari teknik-teknik tertentu akupuntur selain kagum dengannya yang mungkin agak berkesan dalam menghilangkan penyakit stress, stroke dan sebagainya. Sudah pastinya, ianya digembar-gemburkan untuk tujuan dramatik sesuatu drama. Tapi, sekurang-kurangnya ianya suatu alternatif perubatan sedia ada jika mereka yang tak mampu mengeluarkan belanja duit untuk rawatan moden.

Dr. Yeon Kyung mula menaruh hati pada Heo Bong Tak disebabkan keikhlasan hatinya di sebalik perangainya sengal-sengal ubi. Gambar dikreditkan pada tvN.

Episod 12 baru-baru ini mendedahkan Heo Bong Tak yang melayan perasan dilamun cinta dengan Dr. Choi Yeon Kyung lakonan Kim Ah Joong di masa hadapan. Mereka kelihatan bagai pinang dibelah dunia. Dr. Yeon Kyung yang terkenal sebagai doktor yang tak berperasaan, akhirnya terbuka hati menerima Heo Bong Tak sebagai lelaki yang berjaya mengubah hidupnya ke lebih baik. Dr. Yeon Kyung sudah jelas mengenali siapakah diri Heo Bong Tak sebenar, dilema yang dihadapinya selama ini. Di akhir episod 12, Heo Bong Tak meninggalkan kesenangan hidupnya lalu memilih untuk bernaung di bawah klinik perubatan desa yang dimiliki oleh datuk Dr. Yeon Kyung. Sama-sama kita nantikan apakah cabaran yang bakal memisahkan mereka nanti. Adakah Heo Bong akan kembali ke masa lalu lantas meninggalkan Dr. Yeon Kyung? Drama ini ditayangkan setiap Ahad dan Isnin jam 9.50 malam di cenel Astro 394, tvN Asia.

Jom saksikan adegan kucupan mesra antara Kim Nam Gil dan Kim Ah Joong.

Sumber: tvN Asia

 

 

Komentar

comments

Admin Kmania.