Kang Daniel: Selebriti lelaki pertama yang menghiasi Majalah InStyle Korea sejak 14 tahun ia ditubuhkan

Pada isu Oktober, majalah InStyle Korea telah memecahkan rekod dengan pemilihan Kang Daniel sebagai model lelaki untuk dipaparkan di muka hadapan buat pertama kali. Hal ini kerana sepanjang penubuhan InStyle Korea pada March 2003, hanya artis atau model wanita saja dibenarkan berada di muka hadapan maka Kang Daniel telah memecahkan ‘taboo’ tersebut.

Dalam temuramah bersama majalah InStyle Korea, Kang Daniel berkongsi perasaan beliau mengenai populariti Wanna One yang mana dia masih tidak dapat membiasakan dirinya. Walaupun penat dan  sibuk dengan jadual  ‘Produce 101 Season 2’ dan juga aktiviti promosi Wanna One di serata Korea Selatan , Kang Daniel masih dapat memberikan persembahan yang terbaik sepanjang sesi ‘photoshoot’.

Konsep ‘photoshoot’ kali ini adalah ‘Fifty Faces of Kang Daniel. Sepanjang sesi ‘photoshoot’ , Kang Daniel dapat menyerlahkan sisi comelnya, iaitu ’charming dan ‘cool’ seperti yang dimahukan oleh editor majalah tersebut. Selain itu, Kang Daniel turut berkongsi perasaan dengan mengatakan dia menerima begitu banyak sokongan dari peminat dan merasakan wajarkah dia layak untuk menerima sebegitu banyak sokongan dari Wannables, nama jolokan diberikan kepada kelab peminat Wanna One. Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi perasaan terujanya dapat berkongsi pentas dengan Yoo Jaesuk dalam rancangan aneka ragam KBS Happy Together.

Kang Daniel bersama ahli kumpulannya membuat persembahan ‘Pick Me’ dalam KBS Happy Together

Komentar

comments

You may also like...