/[Lensa] Park Bo Gum tampak segak berbaju kod

[Lensa] Park Bo Gum tampak segak berbaju kod

Pelakon muda meningkat naik, Park Bo Gum mengadakan sesi ‘photoshot’ sebagai model untuk suatu jenama TNGT keluaran LFMall yang akan dipamerkan pada musim luruh ini. Antara beberapa gambar yang menonjol, Park Bo Gum tampil dengan ‘sweater’ merah jambu dengan matanya tertutup memberi imej kesegaran kepada pemakai dalam menghadapi deruan bayu dingin pada musim luruh.  Park Bo Gum yang menyarungkan baju berkod kelabu menampakkannya dia seolah-olah pelajar universiti yang tampil segak di mata orang serta begitu selesa dengan sendangan kod tersebut.

Park Bo Gum, pelakon yang pernah tercalon Best Supporting Actor dalam 4th CariKdrama Awards menerusi KBS Hello Monster sedang mengkaji tawaran lakonan diberikan kepadanya terutamanya dalam perfileman. Tahun lepas, beliau menyerlah sebagai putera mahkota Hyomyeong dalam KBS Moonlight Drawn By Clouds sehingga meraih pencalonan Best Actor dalam Baeksang Art Awards, dan juga Popular Actor dalam 5th CariKdrama Awards.

Sumber: fashionn

Komentar

comments

Admin Kmania.