YG Entertainment Mempunyai Program Reality TV Sendiri Mix 9

Pihak YG Entertainment telah memutuskan untuk menyiarkan rancangan Mix 9 di saluran JTBC

14 September, JTBC telah menggumumkan rancangan Mix 9 akan mula ditayangkan pada akhir bulan October. Mix 9 adalah rancangan reality yang berkonsepkan persaingan diantara penyanyi pilihan Yang Hyun Suk untuk debut. Dimana Hyun Suk akan mencari sendiri bintang di 20 agency yang mempunyai penyanyi yang masih belum debut dan akan membantu mereka untuk debut dan dikenali.

Rancangan Ini akan diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Han Dong Chul, dimana Dong Chul adalah bekas PD untuk rancangan popular dari Mnet. Han Dong Chul mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan ‘Produce 101’, ‘Show Me The Money’, ‘Unpretty Rapstar’ dan banyak lagi.

YG Entertainment juga mengatakan sepanjang rancangan ini berlangsung ramai artis-artis dari YG akan membuat penampilan seperti Lee Hi, Icon, Winner dan mungkin juga ahli kumpulan Bigbang

Komentar

comments

You may also like...