SBS Temperature Love merungkai kembali cinta yang tak kesampaian

Pastinya, drama yang ditunggu-tunggu sekian lama menggandingkan ratu komedi romantik, Seo Hyun Jin dengan pasangannya dalam SBS Romantic Doctors Teacher Kim, Yang Se Jong bakal menemui penonton tak lama lagi menggantikan SBS Falsify yang berakhir semalam.

Drama yang diberi tema , “Temperature of Love” berkisarkan mengenai seorang penulis skrip bernama Lee Hyun Soo (“Seo Hyun Jin”) yang mempunyai hubungan maya baik dengan seorang tak dikenali rupanya yang memasang impian untuk bergelar tukang masak Perancis terkenal, (“Yang Se Jong”). Lee Hyun Soo bekerja sebagai pembantu seni selama sepuluh tahun. Disebabkan bosan dengan kerenah di syarikat konglamerat, Lee Hyun Soo berhenti kerja dan memulakan langkah sebagai penulis drama. Dia berkenalan dengan seorang tak dikenali di ruang media sosial. Oh Jung Sun ialah  seorang pemilik restoren ‘Good Soup’ yang mendapat penghargaan Michelin. Beliau belajar memasak daripada sekolah terkemuka, Le Cordon Bleu di Perancis.

Menariknya, mereka bertemu pada mulanya sebagai ‘stranger’ apabila kedua-duanya mengaku jatuh antara satu sama lain pada pandangan pertama. Setelah menjalinkan hubungan cinta, mereka mendapati mereka tak serasi sebagai pasangan lalu memilih untuk berpisah akhirnya. Namun takdir menemukan mereka semula kali ini dengan keadaan berbeza seperti dijelaskan di atas. Penulis menterjemahkan maksud ‘Temperature Love’ sebagai genjatan cinta yakni fasa beralihnya dari pengenalan kepada pencarian cinta sebenar yang lebih kukuh tanpa ragu-ragu.  Halnya di sini, Lee Hyun Soo mengaku dia jatuh cinta dengan Oh Jung Sun pada pandang pertama, begitu juga Oh Jung Sun. Tetapi, mereka tak dapat meneruskan kerana ketidakseragaman hubungan sebagai punca. Pada satu hari, mereka bertemu semula, kali  ini memuhasabahkan diri untuk merungkai  kembali percintaan mereka yang tak kesampaian sebelum ini.

Dalam gambar poster di atas, terpamernya kata-kata Lee Hyun Soo, “Aku fikir, fikir dan fikir lagi. Kerana itu, aku kehilangan cinta,”  dan Oh Jung Sun , “Tiada menarik tentang tentukan mana makanan yang terbaik. Kerana makanan adalah lengkap segalanya, tidak kira siapa kamu.” Falsafah yang digunakan sebagai dialog percintaan dalam drama ini bakal menaikkan aroma percintaan dalam ‘mood’ yang melodramatik.Jangan lupa saksikan bagaimana cinta sebegini dapat diterjemahkan serta bagaimana mereka yang gagal dalam percintaan telah menerima kekurangan diri untuk membina balik keyakinan bagi mengambil semula “cinta” dilepaskan dulu.

SBS Temperature Love ditulis Ha Myung Hee (‘SBS Doctors) dan diarahkan oleh Nam Gun, PD drama SBS Jackpot.

SBS Temperature Love akan disiarkan pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 6.55 petang (6.55 pm) di cenel ONE TV Asia bermula Selasa, 19 September ini.  Sila langgani ONE TV Asia menerusi Astro HD 393.

 

Komentar

comments

You may also like...