Kumpulan Highlight buat comeback Oktober ini dan sambut ulangtahun ke-8

Kumpulan Highlight akan buat kemunculan semula pada 16 Oktober depan dengan sebuah album khas ‘Celebrate’ sempena meraikan ulangtahun mereka yang ke 8. (8th Anniversary)

Menurut agensi mereka iaitu Around Us Entertainment, ‘Celebrate‘ kesemua ahli kumpulan telah selesai sesi photoshoot album ini. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan, dapat dilihat ahli kumpulan giat bergerak untuk aktiviti solo masing-masing sebelum muncul kembali secara berkumpulan Oktober depan.

Album ini dihasilkan bagi menghargai sokongan para peminat mereka selama ini. Mereka juga melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat meraikan ulangtahun yang ke-7 pada tahun lepas bersama peminat.

Umum ketahui, mereka telah debut pada 16 Oktober 2009 menerusi agensi Cube Entertainment dengan nama B2ST. Setelah bergerak sendiri ,  mereka menggunanakan nama “Highlight‘. Untuk informasi lanjut baca juga Kronologi Transformasi Beast ke Highlight

Album ‘Celebrate’ ini akan menjadi keluaran ke-3 mereka dalam tahun ini selepas  “Can You Feel It” (Mac) dan diikuti “Calling You” (Mei).

 Sumber : OSEN

Komentar

comments

You may also like...