Agensi hiburan MMO bertindak tegas terhadap netizen yang mengugut Kang Daniel & Yoon Jisung

Ahli kumpulan baru ,Wanna One iaitu Kang Daniel dan Yoon Jisung melalui agensi mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap netizen yang menyerang mereka dengan komen berbaur lucah dan ugutan.

Pada 15 September 2017,seorang wakil dari MMO Entertainment  memaklumkan bahawa Kang Daniel dan Yoon Jisung  telah pun membuat aduan polis di Yongsan Police Station di Seoul pada 31 Ogos yang lalu berhubung kes tersebut.

Wanna One bakal mengeluarkan album ‘Repackage’ pada bulan November setelah muncul dengan lagu debut ‘Energetic’.

Dalam masa yang sama,peminat Wanna One telah mengatakan pihak MMO Entertainment tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan di laman sesawang. Walaubagaimanapun pihak agensi MMO telah membuat tindakan secara senyap supaya segala dakwaan berjalan dengan lancar.

Sumber: Naver

 

Komentar

comments

You may also like...