/Lee Jong Suk kini seorang Public Officer

Lee Jong Suk kini seorang Public Officer

Lee Jong Suk hari ini melalui akaun instagram  telah memuat naik dua keping gambar dengan caption ” Ini bukan Lee Jong Suk  tapi ini Jung Jae Chan,”. Dalam gambar itu, Lee Jong Suk menunjukkan kad pekerja sebagai seorang pendakwa yang tertera nama ‘Jung Jae Chan’ sambil tersenyum manis.

Netizen telah memberikan pelbagai respon antaranya “Abang saya menyambut hari lahirnya pada hari ini,”. “Saya amat menantikan drama ini,”. “Awak nampak hebat,” dan sebagainya.

Lee Jong Suk membawakan watak sebagai Jung Jae Chan dalam drama terbaru SBS “While You Were Sleeping”  yang akan mula ditayangkan pada 27 September kelak dan pada hari ini, 14 September, Lee Jong Suk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke –29.

Dikhabarkan drama ini merupakan drama terakhir beliau sebelum memasuki khidmat ketenteraan nanti.

View this post on Instagram

이건 이종석 아니고 정재찬.

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

sumber : Donga

 

Komentar

comments