Park Yoo Chun tak jadi berkahwin pada September ini

Park Yoo Chun; sebaik saja keluar daripada balai polis tempat beliau menjalani latihan khidmat negara.

Park Yoo Chun dan gadis yang dikatakan sebagai anak chaebol syarikat pemasaran tenusu telah mengambil keputusan untuk menangguh perkahwinan mereka ke tarikh yang tak dapat dipastikan lagi. Agensinya turut menambah bahawa Park Yoo Chun yang baru saja selesai menjalani latihan khidmat negara selama dua tahun,  ingin meluangkan masa sedia ada untuk perbaiki diri.

Sebelum ini, Park Yoo Chun pernah dituduh merogol empat orang gadis kelab tetapi kes itu digugurkan dan mendapati beliau tak bersalah. Pengumuman perkahwinan beliau dibuat secara kebetulan sewaktu skandal seks nya sedang hangat  disebarkan pihak media. Khabar angin berpeleseran di media sosial mendakwa ia seakan-akan cuba dijadikan sebagai “cover up” skandal nya. Lebih mencurigakan,  beberapa kali kedengaran perkahwinannya dengan gadis  berkenaan tertunda.

Adegan dipetik daripada filem Haemoo. Park Yoo Chun sedang menyuluhkan lampu kepada kelasi kapal berdekatan.

Bagi yang tak mengenali Park Yoo Chun, beliau ialah salah seorang ahli kumpulan JYP yang turut dianggotai oleh Kim Jaejoong dan Xia Junsu. Selain menjadi penyanyi, beliau juga giat aktif berlakon dalam arena drama mahupun layar perak. Antara drama popular lakonannya, KBS Sunkyunkwan Scandal, SBS The Girls Who Sees The Smell, MBC I Miss You, SBS Rooftop Prince dan SBS Three Days. Menerusi drama SBS Rooftop Prince lah, beliau tercalon dalam anugerah Best Actor CARI Kdrama Awards sebagai putera raja yang dipindahkan ke zaman depan.

Filem Haemoo pula telah menaikkan status aktor ini ke tahap yang tertinggi apabila lakonan beliau yang hebat sebagai krew anak kapal dalam filem berkenaan telah menyapu bersih anugerah Best New Actor di ketiga-tiga anugerah berprestij Korea Selatan, iaitu Granbell, Blue Dragon dan Paeksang Art Awards menjadikan bakat bintang ini sesuatu yang tak patut diketepikan.

Sumber: chosun

Komentar

comments

You may also like...