/Lee Eun Chakra bercerai akhirnya selepas 9 tahun berkahwin

Lee Eun Chakra bercerai akhirnya selepas 9 tahun berkahwin

Lee Un bergambar sekeluarga.

Bekas idol daripada kumpulan Chakra yang popular pada penghujung 1990-an, Lee Eun dilaporkan telah diceraikan selepas 9 tahun berkahwin. Mengikut laporan yang bertarikh 12 Disember lepas, Lee Eun dikatakan menderita akibat didera secara fizikal dan mental tetapi pengesahan laporan berkenaan masih bertanda tanya.

Lee Eun berhenti daripada mengikuti industri seni sebaik saja dia berkahwin dengan Kwon Mo, seorang pemain sukan golf profesional pada tahun 2009. Mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan. Kumpulan Chakra pernah popular sekejap dalam empat tahun pertama 2000-an sehingga meraih anugerah Rookie di Golden Disk Awards dan juga Best Dance Award berturut-turut di dalam SBS Music Awards. Mereka merupakan kumpulan idol kpop dari generasi yang sama dengan Shinhwa, Baby Vox dan lain-lain. Salah seorang rakannya dalam kumpulan Chakra itu juga, Jung Ryeo Won terkenal dengan drama seperti KBS History of Salaryman dan MBC My Lovely Samsoon.

Sumber: donga

 

Komentar

comments

Admin Kmania.