Kai EXO Dipuji Ekoran Bersikap Professional Semasa Membuat Persembahan di KBS Music Bank

Kumpulan Exo yang terdiri dari 9 orang ahli baru sahaja membuat ‘comeback’ pada 5 September 2017 lalu dan telahpun membuat persembahan di Music Bank pada  8 September 2017. Semasa persembahan berlangsung, salah seorang ahli iaitu ‘main dancer’ Kai atau nama sebenar Kim Jongin telah bersikap professional semasa pra-rekod persembahan.

                                                                                            Goggle yang dipakai oleh Kai.

Kai memakai kostum ‘goggle, di atas kepalanya dan dikatakan ‘goggle’ itu telah menutup dahi Kai semasa membuat persembahan. Kai turut menarik perhatian para penonton di Music Bank ekoran ekspresi muka dan gerakan tarian Kai yang sangat kemas dan sempurna.

Hal ini menyebabkan ‘goggle yang dipakai Kai kerap terjatuh ke bahagian mukanya dan mengganggu konsentrasi beliau untuk menari. Sikap professional beliau terserlah apabila beliau terus memakai ‘goggle’ tersebut tanpa mengganggu persembahannya serta ahli lain semasa sesi ‘slowmo’ tarian ‘Power’.

Sumber: Insight

Komentar

comments

You may also like...