[KPOP MUSIC WAVE 2017] Gelombang Kpop kembali Di Utara Tanah Air

Kpop Music Wave 2017 adalah antara concert terbesar yang pernah menggegarkan Malaysia dan kini Kpop Music Wave 2017 kembali lagi dengan membawa lebih ramai artis kegemaran semua. Kali ini Kpop Music Wave 2017 akan diadakan di Utara tanah air pada 24 November 2017 di Setia Spice, Pulau Pinang.

Dibawa khas oleh Golden Warriors Film & Entertainment (“GWFE”), pihak penganjur akan mengumpulkan beberapa penyanyi terkenal dari korea untuk satu malam. Antara penyanyi yang akan menghangatkan malam 24 November ini adalah B.A.P., Haha, Kim Jong Kook, Rain dan T-ara dimana terdapat juga D’Vol (dance group) dan The Flaming Circle (vocal group).

Bersehubungan itu juga terdapat juga concert yang akan diadakan di tempat yang sama pada minggu ini iaitu KPOP Sensation 2017 yang akan menampilkan Jessica Jung dan Kang Gary, pihak GWFE tetap yakin dimana KPOP Music Wave 2017 tetap akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pengarah urusan GWFE Encik Hendrik berkata:

Kpop is a global phenomenon and we are proud to bring the best Korean pop performers to the beautiful island of Penang,”

Pentas KPOP Music Wave 2017 akan mempersembahkan kumpulan idol terkenal iaitu B.A.P, kumpulan yang terdiri dari 6 ahli ini Yongguk, Himchan, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo adalah antara kumpulan yang terkenal sangat berkarisma, persembahan tarian yang mantap dan mempunyai vocal yang sangat baik semasa membuat persembahan. Semasa diawal kemunculan mereka pada tahun 2012 sebanyak 10,000 salinan album ‘Warrior’ terjual hanya dalam dua hari. Dimana B.A.P juga pernah memasuki carta di ‘Billboard World Albums Chart’ menerusi album mereka yang dikeluarkan pada tahun 2014. upon its release in 2014. Antara kemenangan B.A.p di peringkat antarabangsa adalah pada tahun 2016 apabila mereka memenangi ‘Best Korean Act award’ di MTV EMA. Perkembangan terkini kumpulan ini adalah pada bulan March yang lepas mereka telah mengeluarkan album yang keenam iaitu “Rose”.

Ha Dong hoon juga dikenali sebagai nama pentasnya Haha adalah antara 5 penyanyi yang juga akan bertemu peminatnya kali ini. Haha telah debut pada tahun 2001 sebagai seorang rapper untuk kumpulan Z-kiri. Pada tahun 2010 Haha telah muncul di dalam rancangan TV popular iaitu Runningman sebagai ahli tetapi, dimana menerusi rancangan ini Haha juga pernah memenangi ‘Best Entertainer’ dari SBS Entertaiment Award pada tahun 2011. Untuk kali ini Haha akan kembali ke Malaysia bersama rakan ‘Runningman’ nya iaitu Kim Jong Kok.

Kim Jong Kong yang berbakat besar dan pernah memenangi berbagai anugerah Ini adalah antara ahli kumpulan Turbo. Apabila Turbo dibubarkan Jong Kook telah bergerak secara solo dan menghasilkan album solonya berjudul ‘This Is Me’. Album ‘This Is Me’ adalah antara Album yang pernah mendapat ‘best selling Album’ di korea selatan pada tahun 2005. Pada tahun yang sama Jong Kook telah memenangi ‘Daesang Award’ dari SBS, KBS dan MBC. Jong Kook adalah celebrity TV popular untuk rancangan Tv iaitu ‘Family Outin’ dan ‘X-Man’ dimana sekarang dia adalah antara ahli rancangan Runningman dan pernah memenangi ‘Best TV Star Award’ pada 2011 untuk rancangan Running Man Ini.

Jung Ji-hoon yang dikenali sebagai Rain adalah artis kpop yang paling berjaya di korea. Rain telah debut secara solo pada tahun 2002 dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan diseluruh asia. Album solo ketiganya ‘Raining’ telah memasuki carta muzik besar di asia. Popularity nya semakin tersebar apabila dia mengeluarkan album ke empat dan kelimanya dan telah mendapat sambutan diseluruh dunia. Pada tahun 2006 Rain pernah tersenarai didalam ‘100 Most Influential People Who Shape Our World’. Ditambah pula mempunyai vocal dan pandai menari Rain semakin di terima didalam bidang nyanyian dan lakonan. Lelaki yang berbakat besar Ini juga telah terlibat didalam beberapa drama hit iaitu Full House dan A Love to Kill dan movie I’m a Cyborg antara film blockbuster lakonannya ‘Ninja Assassin’. Mempunyai lebih dari 1 juta peminat dan pernah memenangi lebih dari 110 anugerah didalam bidang nyanyi dan lakonan ini, Rain pastinya akan menghangatkan pentas KPOP Music Wave 2017.

Melengkapkan lagi barisan idol yang akan membuat persembahan di KPOP Music Wave 2017 kali ini, persembahkan T-ara. T-ara adalah kumpul idol yang dianggotai oleh Eunjung, Hyomin, Jiyeong dan Qri Ini pasti dinanti persembahan mereka. Pada 2 September yang lalu telah berlangsung sidang akhbar untuk KPOP Music Wave 2017 dimana Qri dari T-ara turut hadir.

Jangan ketinggalan untuk meyaksikan ke lima-lima idol terkenal Ini. Maklumat mengenai pembelian tiket boleh didapati laman web rasmi Kpop Music Wave 2017 dan facebook pihak penganjur

 

KPOP MUSIC WAVE 2017
Tarikh: 24 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00pm
Tempat: SETIA SPICE Arena, Penang
Ticket:  VVIP RM728 | VIP RM628 | CAT1 RM488 | CAT2 RM388 | CAT3 RM288 | CAT4 RM168

Komentar

comments

You may also like...