/Dilema mencari makanan HALAL di korea

Dilema mencari makanan HALAL di korea

Pihak blogger yang dijemput untuk acara ‘testing’ makanan halal disediakan oleh tukang masak beragama Islam dalam satu acara dianjurkan Korean Tourism Organization(KTO).

Umat Islam akan cuba elak makan makanan yang disyaki tidak halal atau ‘haram’ dari erti kata lain. Bagi pelancong Malaysia terutamanya daripada kalangan melayu Islam, Korea Selatan sering menjadi destinasi utama rentetan daripada pengaruh ‘hallyu’ yang kuat dari segi budaya, seni muzik kpop dan juga industri drama. Sesetengah mungkin berpendapat, apa yang saja yang telah dicadangkan oleh agensi tertentu bahawasanya makanan itu adalah halal, maka ianya tak menjadi keraguan untuk mereka memakannya. Malah, ada pendapat khilaf Islam tentang perasaan ‘syubahah’ terhadap makanan secara berlebih-lebihan seharusnya dielakkan terutamanya dalam keadaan darurat, mahupun sukar untuk mencari makanan halal.

Tapi, bagi umat Islam Korea yang lahir di sana, mereka akui begitu besar cabarannya untuk mendapatkan makanan halal, tidak seperti di war-warkan bahawa kebanyakan makanan korea yang dicadangkan sesetengah agensi perlancongan Korea adalah betul-betul dijamin halal. Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan makanan disediakan menepati garis panduan Islam, tidak sewenang-wenangnya status halal harus diberikan kepada restoren tertentu. Penduduk Islam di Korea Selatan adalah sekitar 130000 kepada 140000, satu jumlah yang agak besar daripada populasi rakyat Korea yang sebenar.

Salah seorang selebriti TV Korea berketurunan Pakistan, Zahid Hussain mendakwa, “Kawan pernah minta saya minum arak. Mereka kata setitis saja tak de sampai membunuh. Saya cakap setitis takkan membunuh, tapi akan buat saya jadi tak selesa.”

Zahid Hussain menambah salah faham banyak berlaku di kalangan umat Islam Korea melibatkan restoren yang menyediakan makanan untuk orang yang vegetarian. Mereka akan meminta pekedai untuk tidak meletakkan daging dalam santapan. Bagi Hussain, penyediaan makanan tersebut juga memainkan peranan kerana dikhuatiri makanan akan bercampur. Tukang masak tidak boleh menggunakan pisau yang sama, penyimpanan yang sama, papan pemotong yang sama atau peralatan lain semasa menyediakan makanan halal dan juga haram. Hussain juga berkata, makanan yang dijamin halal hendaklah disediakan oleh tukang masak Islam kerana mereka lebih tahu samada bahan yang digunakan adalah benar-benar daripada sumber halal ataupun tidak.

Salah satu restoren Korea bertempat di Itaewon yang dimiliki oleh orang Islam.

Dalam acara “Minggu Restoren Halal” yang dianjurkan di Hotel Plaza Seoul baru-baru ini, pemilik blogger Islam dijemput untuk menjamah makanan yang sediakan oleh tukang masak beragama Islam. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan 107 buah restoren yang dijamin halal oleh Korean Tourism Organization (KTO) hasil kolaborasi dengan Persatuan Muslim Korea. Kesemua 107 buah restoren ini bebas daripada penggunaan arak dan babi, serta penyediaan juga bersih bertepatan dengan garis panduan Islam.

Usaha KTO dalam menarik pelancong terutamanya di negara-negara majoriti Islam seperti Malaysia and rantau Arab semakin berhasil apabila jumlahnya melonjak daripada 740,000 kepada 980,000 orang semenjak tahun 2016. Namun, cabarannya adalah untuk mempromosikan status halal yang boleh dipercayai oleh mereka.

Im Gyeong-suk, pemilik Muree Muslim Food di Itaewon-dong, Seoul, berkata kesedaran terhadap makanan halal meningkat bermula empat tahun lalu yang lalu apabila bekas Presiden Korea, Park Geun-hye menekankan betapa pentingnya pasaran Arab.

“Masalahnya ialah mereka yang menyertai program berkaitan halal adalah orang Korea sendiri. Kerumitan dalam menyediakan makanan halal itulah mualaf (“merujuk pada yang baru memeluk Islam”) sendiri belum dapat difahami sepenuhnya, ” kata Im, yang memeluk agama selepas perkahwinannya pada tahun 2003. “Malah apabila di kedai misalnya, pemilik akan cuba menyakinkan pelanggannya dengan berkata ‘Makanan ini halal.’ Tapi saya berkeras kata, ianya tidak.”

Chef Mohammad, salah seorang tukang masak beragama Islam dalam acara tersebut, mendakwa, buku panduan yang ditulis pihak KTO sebelum ini, termasuklah, “Restoren Mesra Muslim di Korea” pada tahun 2015 tidak memperuntukkan dengan jelas cara penyediaan makanan yang halal walaupun kebanyakan menunya bebas daripada sumber haram. Contohnya, di Korea, biasanya tukang masak akan meletakkan sedikit arak untuk menaikkan aroma ketika menyediakan hidangan seperti sup makanan laut pedas dan makanan laut yang direbus. Penjelasan berkenaan tidak dinyatakan dalam buku panduan ini, maka mereka mungkin tak menyedari makanan mereka telah dicemari arak.

*Artikel ini diubahsuai daripada artikel asal oleh penulis Yoon Min Sik dari Korea Herald*

Komentar

comments

Admin Kmania.