/[SBS ] While You Were Sleeping 1st Teaser of Sleepy Couple & Para Pelakon

[SBS ] While You Were Sleeping 1st Teaser of Sleepy Couple & Para Pelakon

gambar ihsan SBS

Teaser pertama drama terbaru SBS “While You Were Sleeping” telah di ‘released‘ pada Rabu yang lepas. Drama ini diterajui oleh Lee Jong Suk (W:Two Worlds) dan juga Suzy (Uncontrollably Fond).

“While  You Were Sleeping” menceritakan Suzy yang membawakan watak sebagai Nam Hong-ju, seorang bekas wartawan yang dapat meramalkan peristiwa-peristiwa tragis masa depan menerusi mimpinya. Lee Jong Suk pula memainkan watak sebagai seorang  Pendakwaraya Jung Jae-chan, yang akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan peristiwa sedemikian berlaku.

Berdasarkan video di atas, Suzy berkata, “Saya melihat kamu dalam mimpi saya. Kamu perlu dengar apa yang saya katakan jika kamu mahu terus hidup. Kamu tidak boleh mengubah masa depan,”. Sementara Lee Jong Suk berkata,” Tiada sesiapa akan percaya masa depan yang saya akan ubah,”.

Suzy bangun dan terkejut, dan Lee Jong Suk bertanya di mana dia melihat mimpinya, atau sama ada dia cuba mengubahnya, lantas dia menjawab, “Tidak, saya berbuat apa-apa.” Kita kemudian dapat melihat Suzy yang dalam persalinan pakaian hospital di atas bumbung dalam keadaan kurus, sementara Lee Jong Suk cuba untuk menggapai tangan dan menyelamatkan Suzy terjatuh dari atas bumbung berkenaan. Terdapat satu scene menunjukkan tulisan “kematian saya” di atas tapak tangan Suzy dan kemudian dia terjatuh kerana Jong Suk gagal menggapai tangannya.

Lee Jong Suk mengatakan bahawa tugasnya sebagai pendakwa adalah untuk menghadapai segala kejadian yang telah berlaku dan menyelesaikannya dengan baik. Walaupun Suzy memberitahu apa yang berlaku, dia tidak dapat  apa-apa. “Sama ada seseorang mati dalam mimpimu tidak ada hubungannya dengan saya dan ianya bukan tanggungjawab saya. Suzy menjawab,” Tidak ada orang lain (untuk saya ceritakan), kecuali kamu.

Lee Jong Suk berkata “Jika kamu dapat melihat masa depan dalam mimpi kamu, adakah kamu dapat mengubah masa depan, masa itu, takdir itu? Suzy lantas menjawab “biarlah masa yang menentukan segalanya,”. Jong Suk terus bertanya “Adakah ianya akan menjadi lebih baik atau sebaliknya?”. Teaser berakhir dengan kiss scene dan Suzy berkata,” Hanya Kamu.”

Drama ini juga bakal dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti ;

Gambar Ihsan Staff Produksi “While You Were Sleeping”

Watak Utama :

  • Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan (Pendakwa)
  • Suzy Bae sebagai Nam Hong Joo (Bekas Jurnalis)
  • Lee Sang Yeob sebagai Lee Yoo Bum (Pendakwa ke Peguam)
  • Go Sung Hae In Sebagai Han Woo Tak (Pendakwa)
Gambar Ihsan Staff Produksi “While You Were Sleeping”

Dibantu Oleh:

  • Kim Won Hae sebagai Choi Dam Dong (Criminal Investigator)
  • Park Jin Joo sebagai rakan sekerja Jae Chan
  • Lee Ki Young as Park Dae Young (Ketua Pendakwa)
  • Bae Hye Sun as Son Woo joo (Ketua Pendakwa)
  • Min Sung Wook as Lee Ji Kwang (Ketua Pendakwa)
  • Shin Jae Ha sebagai adik Jae Chan
  • Hwang Young Hee as Yoon Moon Sun (Ibu Nam Hong Joo)

Cameo/Kemunculan Istimewa:

  • Kim So Hyun
  • Yoon Kyun Sang
  • Lee Sung Kyung

Drama “While You Were Sleeping” ini akan disiarkan melalui saluran Astro ONE HD (Ch 393) bermula 27 September 2017 setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam.

sumber : 1  2

Komentar

comments