/[Tular] tvN Reply 1988 menjadi drama ke-2 popular di China selepas SBS My Loves From The Star

[Tular] tvN Reply 1988 menjadi drama ke-2 popular di China selepas SBS My Loves From The Star

Poster “tvN reply 1988”

Selera peminat Korea tampaknya berubah dari semasa ke semasa terutamanya apabila tvN Reply 1988 diangkat sebagai drama paling banyak ditonton saat ini di China. Drama yang berkisarkan tentang kekeluargaan dan semangat setiakawan dengan  berlatarbelakangkan tahun 1988 ke atas ini  hanya di belakang SBS My Loves From The Star dalam senarai jumlah tontonan tertinggi di laman video terkenal China, Aichi.

Jumlah tontonan yang dicatatkan pada setakat Ogos lepas adalah sebanyak 25 juta per unit. Hal ini membuktikan tvN Reply 1988 telah membawa pengaruh hallyu ke China semenjak dilancarkan pada July tahun lepas dalam had sekatan yang dibenarkan kerajaan China, dinamakan sebagai “Hanhwalryeon” (Sekatan pengaruh Hallyu). Namun begitu, walaupun sekatan dikenakan, Reply 1988 berjaya mendapat tempat di hati masyarakat China. Ulasan diberikan di laman web berkenaan juga  sangat tinggi iaitu 9.6 per 10. Dengan lonjakan tertinggi ini serta dinobatkan sebagai Top Tweet pada 24 Ogos lepas, maka Reply 1988 telah jauh meninggalkan drama MBC The King’s Love lakonan Yoona ke belakang, begitu juga KBS Moonlight Drawns by The Clouds.

Kehebatan tvN Reply 1988 membuktikan genre drama sebegini masih lagi relevan selain genre romantik yang kian melambak di pasaran. Dulu, drama MBC Jewel in The Palace pernah diangkat sebagai sebab utama hallyu di China, maka tak keterlaluan jika tvN Reply 1988 makin mendekatkan lagi China kepada budaya Korea.

Reply 1988 pernah ditayangkan di Malaysia melalui cenel 8tv, tv9 dan juga astro 394, tvnhd , juga mendapat kupasan positif di kalangan peminat serta pengkritik drama di Malaysia. Jika tidak, masakan meraih lapan pencalonan dalam 5th CARI Kdrama Awards sehingga merangkul anugerah Best Ensemble Casts dan juga Best Supporting Actress untuk pelakon Ra Mi Ran. Bagi yang belum menonton, mungkin ulasan penuh boleh menarik minat anda. Anda boleh membacanya di sini: >> Ulasan tvN Reply 1988 << .

Sumber: donga

 

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.