Gfriend terbabit dalam kemalangan

Kumpulan GFriend atau dikenali sebagai Girlfriend dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke konsert jelajah Incheon Hallyu (INK) tengah hari tadi. Bagaimanapun, keadaan mereka dilaporkan tidak serius dan stabil setakat ini.

Agensi GFriend dalam sidang medianya berkata , “GFriend tak dapat menghiburkan penonton pada malam ini. Kami juga akan memutuskan jadual kerja GFriend sebaik saja laporan kesihatan mereka dikeluarkan.”

Konsert INK turut menampilkan kumpulan Highlight, Wanna One, Samuel Kim, Red Velvet, Golden Child dan lain-lain. Gfriend pula sedang dalam perancangan untuk menerbitkan semula album “Rainbow” mereka.

Sumber: sport.khan , sedaily

Komentar

comments

You may also like...