Sandra Park 2NE1 akan buat kemunculan dalam konsert G-Dragon di Kuala Lumpur

Sandra Park, penyanyi Korea popular dari kumpulan 2NE1 akan menjadi artis jemputan untuk konsert G-Dragon berjudul  “Act III: Motte” yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Sept ini. Ia menguatkan spekulasi peminat-peminat G Dragon apabila mereka dikatakan menjalinkan hubungan mesra mungkin lebih daripada sekadar seorang kawan. Sandra Park pernah menghadiri konsert pertama siri “Act III: Motte” ini di Seoul sebelum ini sebagai penonton.

Gabungan mereka pastinya abak menghangatkan pentas konsert pada malam tersebut. Apa agaknya lagi G Dragon akan beri kejutan selain Sandra Park?

Bagi yang belum mendapatkan tiket konsert bersejarah ini, cepat dapatkan dengan segera sebelum terlambat.

Artikel berkaitan:

  • https://kmania.info/2017/07/21/pelancaran-jualan-tiket-g-dragon-2017-world-tour-in-kuala-lumpur-bermula-29-julai/

Sumber: 8TV

Komentar

comments

You may also like...