Oh Yeon Seo akan menjadi suri hati Lee Seung Gi dalam tvN Hwayugi / Farenheit ?

Oh Yeo Seo & Lee Seung Gi

Oh Yeo Seo baru-baru ini tidak menafikan bahawa dia sedang pertimbangkan untuk berlakon dalam drama terbaru tulisan adik beradik Hong yang dikenali dengan naskah seperti KBS Sassy Girl Chun Yang, SBS My Girl, MBC Greatest Love dan SBS Master’s Sun.

Maklumat tentang wataknya belum dijelaskan setakat ini. Mengikut laporan awal, Oh Yeo Seo sebagai Ji Seon Mi, seorang yang begitu takjub pada agama (mungkinkah seorang biarawati???), mirip dengan karakter popular Sami Sanzang. Jika diperhatikan lakonan Oh Yeo Seo sebelum ini terutamanya dalam SBS Sassy Girl, SBS Please Come Back Mister dan MBC Shine or Go Crazy, Oh Yeo Seo tidak keberatan untuk melakonkan watak gadis yang kasar dan tampak kelakian. Lee Seung Gi dan Cha Seung Won pula masing-masing akan menjadi Sun Wukong dan raja lembu. Harus diingat naskah ini disadurkan dalam bentuk moden, maka watak-watak mereka hanya dijadikan inspirasi kepadanya.

Tetapi mungkinkah akan ada cerita cinta antara Lee Seung Gi dan Oh Yeo Seo? Mahukah seorang  biarawati melupakan suruhan agamanya untuk bersama-sama dengan lelaki yang dicintainya? Sama-sama kita nantikan apa agaknya penulis skrip akan buat.  Setakat ini, ketiga-tiga pelakon disebut di atas masih belum mengesahkan penampilan mereka.

Artikel berkenaan:

Lee Seung Gi menjadi Sun Wukong dalam tvN Fareinheit

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

You may also like...