/Agaknya siapakah aktor yang sanggup tolak untuk berlakon drama Kim Eun Sook selama ini?

Agaknya siapakah aktor yang sanggup tolak untuk berlakon drama Kim Eun Sook selama ini?

Kim Eun Hee, penulis drama tvN Signal.

Menarik perbincangan yang dikupaskan semasa sesi pertemuan “Talent-vs-Signal-Meet-the-Best” dengan dua orang penulis skrip paling terkemuka di Korea, Kim Eun Sook (“Goblin”, “Secret Garden”, “Descendants of The Sun”) dan Kim Eun Hee (“Signal”, “Sign”).

Kim Eun Sook mendedahkan bahawa ramai penggiat seni mahupun pelakon yang mengkritik dramanya sebelum ini telah berubah fikiran apabila dicabar untuk membintangi drama nukilannya.

Salah satunya, Kim Eun Sook membayangkan aktor tersebut, ialah Gong Yoo.


MC Kim Tae-hoon menanya soalan kontroversi kepada Kim Eun Sook, “Siapakah pelakon yang selalu tolak berlakon dalam drama kamu?”

Gong Yoo, pelakon yang dibayangkan Kim Eun Sook, orang yang selalu tolak dramanya.

Kim Eun Sook menjawab , “Saya selalu berkongsi maklumat aktor yang selalu ‘reject’ hasil kerja saya. Akhirnya, saya cabar dia berlakon dalam Goblin. Terbukti, dia seorang pelakon yang hebat .”

Kim Eun Sook dan Kim Eun Hee masing-masing mengingatkan penulis skrip yang baru supaya bekerja kuat dan jangan mudah putus asa. “Buatlah yang terbaik”, kata mereka.

Kim Eun Hee memberikan tip buat penulis skrip yang tertandus ideanya apabila mahu meneruskan skripnya kerana tidak yakin dengan hasil kerja mereka sebelum ini dengan seraya berkata, “Saya tiada sinopsis yang bergantungan satu sama lain, kerana saya tak rajin nak buat. Selalunya saya kumpulkan elemen cerita bergantungan itu dan satukan kesemuanya . Tak sangka cerita yang saya tulis sangat menarik.”

Kim Eun Sook (kiri) secara berseloroh menjadikan Kim Soo Hyun (kanan) sebagai contoh buat penulis skrip yang ketandusan idea untuk meneruskan penulisan mereka.

Kim Eun Sook pula mendedahkan bahawa keputusan menetapkan pendirian arus cerita mesti dibuat dalam masa singkat. Beliau berkata , “Sepatutnya kena tukar ‘mindset’ ini. Ia mesti sesuatu yang ‘menyegarkan’, seperti meletakkan ‘Kim Soo Hyun’ pada slot drama waktu pagi. Daripada situ, barulah kita buat apa yang terbaik.”

Kim Eun Sook baru-baru dianugerahkan “Daesang” buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Paeksang Art Awards apabila anugerah berkenaan diberikan pada penulis skrip, bukannya pada produser, pengarah mahupun pelakon atas hasil kerjanya dalam tvN Goblin. Beliau pernah menerima anugerah Best Screenplay untuk drama SBS Secret Garden. Kim Eun Hee pula menyapu bersih anugerah Best Screenplay pada tahun lepas menerusi drama tvN Signal dalam CARI Kdrama Awards, Paeksang Art Awards dan juga APAN Star Awards.

 

Sumber: joins

Komentar

comments

Admin Kmania.