Penulis novel lucah, Prof. Ma Kwang Soo bunuh diri

Penulis novel lucah terkenal di Korea sekian lama dulu, yang juga merupakan mantan seorang professor universiti, Ma Kwang Soo didapati telah meninggal dunia sebentar tadi kerana bunuh diri. Beberapa media menyatakan “kemurungan” dialami akibat diboikot selama bertahun-tahun sebagai pensyarah sebagai sebab utama beliau mengambil keputusan sedemikian.

Status terakhir yang dimuatnaik ke laman sosialnya.

Prof. Ma Kwang Soo pernah menerbitkan novel lucah penuh erotik berjudul “Happy Sara” hasil karangannya pada 1990-an sehingga mencetuskan polemik  berpanjangan di negara tersebut. Mahkamah Persekutuan Korea memutuskan Ma Kwang Soo telah melanggar hak asasinya dalam menyebarkan naskah pornografi secara besar-besaran, lalu beliau disabitkan lapan bulan penjara. Selepas beliau keluar dari penjara, Prof. Ma Kwang Soo mengalami kesukaran untuk menyambung tugasnya sebagai pensyarah sehingga membawa kepada tragedi yang berlaku pada hari ini. Mendiang mati pada usia 66 tahun.

Sumber: koreanherald

Komentar

comments

You may also like...