Kang Daniel Wanna One: “Saya pernah dibuli dulu kerana muka tak hensem”

Kang Daniel mengaku bahawa dia pernah dibuli sewaktu dia masih kecil di dalam KBS “Hello Counselor” bersama Park Ji Hoon dan Hwang Min Hyun.

“Apabila saya berjalan dengan kakak, ada saja manusia yang akan bandingkan kami, ‘Eh, akak kamu cantik, kenapa rupa kau macam lain lain saja?’ Kadang-kala, kakak suruh saya rendahkan kepala apabila kawannya datang.”

“Saya tanya balik kakak, ‘Kenapa akak cakap kawan akak ini anak angkat?’ . Rakan kakaknya berkata, “Sebab dalam keluarga saya ada  (‘double eyelids’) kecuali adik saya. Mungkin dia dapat dari pembedahan plastik.”

“Saya bagitahu kawan akak bahawasanya dia sememangnya cantik, tak perlu ubah rupa semata-mata nak puaskan hati orang lain.”

“Semasa saya kecil, lagi teruk saya kena buli kerana orang lain sangka saya hodoh dan tak layak ‘berkawan’ dengan diorang. Tapi lama-kelamaan saya sedar, keyakinan diri datangnya daripada diri sendiri. Seharusnya kita berbangga.”

Ketiga-tiga ahli Wanna One ini akan menceritakan serba sedikit pengalaman mereka semasa di persekolahan di dalam siri “Hello Counselor”.

Sumber: chosun

Komentar

comments

You may also like...