/Gong Yoo (“Goblin”) menang lagi ‘Actor of The Year’ dalam Brand of the Year Awards

Gong Yoo (“Goblin”) menang lagi ‘Actor of The Year’ dalam Brand of the Year Awards

Jika tahun sebelumnya milik Kim Soo Hyun dan Lee Jong Suk, tahun 2017 merupakan kebangkitan buat pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam layar perak selama ini iaitu Gong Yoo. Keputusan beliau untuk membintangi drama tvN Goblin hasil nukilan penulis skrip paling popular di Korea, Kim Eun Sook tidak disia-siakan apabila drama berkenaan berjaya sehingga meraih 18% ratings di dalam cenel kabel dan juga popular di luar negara. Hasilnya beliau juga memenangi Best Actor dalam Paeksang Art Awards yang lepas sekaligus menepikan pesaing-pesaing terdekat seperti Jo Jung Suk, Nam Goong Min, Park Bo Gum dan Han Suk Kyu.

Dalam Brand of Year Awards yang akan berlangsung pada 7 Sept di Grand Hyatt Seoul, nama Gong Yoo sekali lagi dinobatkan sebagai Actor of The Year.  Beliau juga dijangka akan merangkul ‘daesang’ dalam anugerah akhir tahun tvN. Beliau pernah membintangi drama MBC Coffee Prince pada sepuluh tahun yang lalu bersama Yoo Eun Hye, antara drama yang disenaraikan penulis sebagai salah satu drama terbaik pernah dihasilkan.

Turut memenangi dalam anugerah Brand of Year Awards berkenaan ialah KBS ‘Fight My Way’ yang dinobatkan sebagai Drama of The Year, dan pelakon Lee Yuri daripada ‘My Father is Strange’ yang dinobatkan sebagai Actress of The Year.


  • Drama of the Year: ‘Fight for My Way’
  • Movie of the Year: ‘Confidential Assignment’
  • YOLO Variety of the Year: ‘Hyori’s Homestay’
  • Single Life Variety of the Year: ‘I Live Alone’
  • Audition Program of the Year: ‘Produce 101 Season 2’
  • Political Variety of the Year: ‘War of Words’
  • Musical of the Year: ‘Broadway 42st’
  • Actor of the Year: Gong Yoo (From ‘Goblin’)
  • Actress of the Year: Lee Yuri (from ‘My Father is Strange’)
  • Singer of the Year: BTS

Sumber: kbsword

 

Komentar

comments

Admin Kmania.